Pelawak Accapan Meninggal Dunia

Accapan dalam kenangan....

Kenyataan Media Persatuan Seniman Malaysia

14  SEPTEMBER 2018

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera

Dukacita dimaklumkan bahawa industri hiburan Negara kehilangan seorang lagi pelakon & pelawak berbakat besar tanah air iaitu *Samynathan A/L Rethinam atau lebih popular dengan nama pentasnya sebagai Accapan* pada usia 63 tahun..

Menurut anak bongsu mendiang, Yhuveneshwary beliau menghembuskan nafas yang terakhir lebih kurang jam 2.43 pagi di rumahnya akibat kegagalan buah pinggang disamping keluarga..Upacara penghormatan terakhir akan dilakukan dirumah beliau sekitar jam 3 petang ini dialamat 12A Jalan PU 3/2A, Taman Puchong Utama 47140, Selangor.

Accapan meninggalkan seorang isteri Yogeswari Subramaniam 53 dan 3 orang anak Vikneshwaran Samynathan, 31
Dhineshwaran Samynathan, 28
Yhuveneshwary Samynathan
,24..Beliau telah banyak berlakon didalam drama dan filem tempatan dengan pelbagai watak yang mencuit hati penonton serta meninggalkan kesan kepada penonton..Pasti peminat akan merindui telatah  beliau didalam sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu..

Seluruh Kepimpinan Tertinggi dan Exco Seniman Malaysia serta Ahli-Ahli Seniman mengucapkan Salam Takziah kepada keluarga mendiang.

TAKZIAH

#Accapan #TheLegend

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

KOMEN TRAILER JUSTICE LEAGUE YANG BARU (dengan penampilan SUPERMAN!)

“Ramai Cuba Mendekati, Maaf Saya Belum Sedia,” – Sophia Albarakbah

Ulasan filem JOHNNY ENGLISH STRIKES AGAIN: Mr. Bean versi bercakap yang terlalu memaksa untuk ketawa

Ulasan filem A WORKING MAN lakonan Jason Statham

“Safwan Ehh Afnan” Bakal PM11? Janji Tiada Tarif, Hidup Makmur Menanti?

Zalif Sidek Cerita Perjalanan Hidup Dalam Podcast – Dari Waiter Hingga Pelakon Utama