Kasut Nike Air Jordans bertemakan Nintendo Game Boy didedahkan

Kalau kamu seorang penggila kasut dan video game, apa lagi yang mampu memenuhi nafsu serakahmu? Nah! Ini hari bertuah kamu sebab Sneaker Freaks baru saja mendedahkan gambar kasut Air Jordans berinspirasi dari permainan video Nintendo, Game Boy.


Tapi satu sajalah, kalau kamu tak ada USD$1,350 dalam tangan, jangan mimpi!

Ya, Sneaker Freaks, syarikat yang khas dalam pembuatan kasut kustom dan edisi terhad telah mendedahkan kasut terbarunya ini dan sebagaimana kasut-kasut yang mereka keluarkan sebelum ini, Air Jordan Game Boy ini hanya dikeluarkan sebanyak 10 pasang saja. Ya! 10 pasang, jadi masuk akallah kalau harga boleh cecah seribu.

Yang menariknya tentang kasut ini ialah bentuk katrij plastik Game Boy sebagai tag gantung, rekaan sistem Nintendo yang retro seperti butang pada tapak kasutnya dan sistem d-pad yang boleh ditekan macam kamu main Game Boy

Pada lidah kasut pula tertera seni kotak Super Mario Land dan paparan LCD hijau-kuning klasiknya. Tak cukup dengan itu ada tulisan logo Nintendo Game Boy di bahagian tepinya dan perkataan"Start" dan "Select" di tali kasutnya.

Seperkara yang menarik, kedua-dua permainan Game Boy dan kasut Air Jordan IV dikeluarkan pada tahun yang sama, 1989. Kamu dah patut rasa tua sekarang.

Kasut ini tampak sangat asli sampaikan kami rasa yang Nike patut keluarkan versi kilang kalau ianya ada permintaan, sebagaimana slogan Nike, 'Just DO IT'!

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Layang-Layang Perkahwinan Episod Akhir: Pengkhianatan dan Perkahwinan Rahsia Terbongkar. Azim Dan Saida Bersatu Semula? (Ulasan Drama)

Ulasan Filem: Babah

Pastikan Honda. Kalau Proton atau Perodua, Tak Layan. Blahh!

JDT Belasah Selangor 6 - 1 Final Piala FA 2024

Isteri Kantoi Curang Dengan Skandal, Diumpan Belanja Baju di Aeon Mall KB

Apa Jadi Kalau Lelaki Minum Kacip Fatimah?