Instagram Akan Membasmi Followers, Komen dan Likes Palsu

Instagram mengumumkan bahawa ia akan menyingkirkan 'likes', 'follows', dan komen dari akaun yang menggunakan aplikasi pihak ketiga untuk meningkatkan jumlah pengikut mereka. Dengan menggunakan alat 'machine learning', platform media sosial ini akan mula mengenal pasti akaun yang menggunakan perkhidmatan ini, yang secara langsung melanggar Garis Panduan Komuniti dan Syarat Penggunaannya. Akaun-akaun yang dikenal pasti akan dimaklumkan yang Instagram telah membuang trafik palsu ini, bersama arahan untuk menukar kata laluan mereka. "Langkah-langkah baru ini akan berterusan," kata Instagram dalam catatan blog. "[Dan] akaun yang terus menggunakan aplikasi pihak ketiga untuk mengembangkan pengikut mereka mungkin melihat kesannya ketika menggunakan Instagram mereka."

Gerakan ini bertujuan untuk membantu menghalang pengguna daripada memberi syarikat lain maklumat log masuk mereka sebagai peralihan Instagram ke arah platform untuk sebarang jenama dan influencer untuk beriklan. Walaupun Instagram telah membuang akaun palsu dalam aktiviti pembersihan besar-besaran sebelum ini, ia tidak mengambil tindakan terhadap 'likes' dan komen palsu sebelum ini, dan Instragram berjanji lebih banyak langkah terhadap aktiviti penipuan akan dijalankan dalam beberapa minggu yang mendatang.

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Bidaah Episode 16: Akhir Alternatif yang Mengejutkan

Menu Santapan Diraja Bagi Majlis Perkahwinan Putera Mateen dan Dayang Anisha Viral di Internet, Lagu Man Bai Jadi Perhatian

12 LAGU YANG TAK BOLEH KALAH DI ANUGERAH JUARA LAGU KE-38

Dilema Suami Muda: Jatuh Hati Pada Orang Lain Ketika Isteri Sedang Hamil - Tanya Pakar

[TELEFILEM] Rock Sangkut, lakonan Along Cham, Joey, Hazama

Ulasan Filem The First Omen (edaran 20th Century Studios)