Ulasan filem: BoBoiBoy The Movie

Jika saya realistik dalam hal mengulas Boboiboy bermula dengan study macam mana Nizam dan team start dengan Upin Ipin dan kemudian Boboiboy, ia agak impresif juga, di sebalik kekurangan mereka. Contoh; staf tak ramai, teknologi tak setinggi produksi luar. Mainly guna software yang boleh dapat di pasaran berbanding produksi luar yang siap ada R&D untuk kemaskini grafik.

Dan kebanyakan mereka ialah graduasi IPT tempatan,  belajar sendiri di bawah produksi kecil. Memang nampak kekurangannya (efek percikan air contohnya) tapi tak menjejaskan pengalaman aku menontonnya. Ceritanya simple pun kerana ia cuba stick to siri TVnya dan dalam masa yang sama tak alienate penonton baru (kerja sukar sebenarnya) jika dibandingkan dengan Pixar yang buat standalone feature story yang kita hanya baru kenal mulai filem tersebut (Pixar sendiri tak dapat lari dari dikritik melalui filem sekuelnya yang tak sehebat filem pertama dan perangkap mengulang / kitar semula idea lama).

Aku juga tak boleh deny the fact kita sebenarnya baru nak bertapak dalam dunia animasi 3D tapi aku harap yang berkerja dalam bidang ini ialah yang benar-benar mencintai kerja ini, bukan sebab ada agenda lain.

Anyway  BOBOIBOY is a grower to me. Kudos buat Animonsta.

Plot: Sekumpulan makhluk asing bernama Tengkotak tiba di bumi dan menculik Ochobot. Mereka mahu menggunakannya untuk mencari Sfera Kuasa yang tersembunyi di bumi. BoBoiBoy dan kawan-kawannya perlu menyelamatkan Ochobot dan membongkar rahsia di sebalik Sfera Kuasa tersebut.

Tarikh Tayangan: 3 Mac 2016
Genre: Animasi
Durasi: 1 Jam 40 Minit
Pengedar: PRIMEWORKS STUDIOS
Pelakon: Nur Fathiah Diaz, Anas Abdul Aziz, Dzubir Mohamed Zakaria
Pengarah: Mohd Nizam Abdul Razak

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Ulasan Filem The First Omen (edaran 20th Century Studios)

"Duit Raya RM3 Je? Ini Bukan Zaman 90'an!", Netizen Tegur Ibu bapa Guna Anak Untuk Dapat Duit Raya Banyak

Foto Puteri Aishah (cikgu viral) seksi berbikini di kolam renang undang kecaman netizen

Ulasan Filem Sheriff arahan Syafiq Yusof

Hannah Delisha Keguguran, Tabah Mengharungi Ujian Kehilangan dengan Semangat Ramadan

Filem QUEEN OF LANGKASUKA yang memaparkan kesultanan Melayu lama