Ulasan filem Anak Mami Nasi Kandaq (2016)

1. Sepanjang 1 jam 37 minit filem ini berjalan hati aku meronta ronta nak keluar dari panggung. Rasa terseksa batin sepanjang filem ni. Tiada satu perkataan pun yang mampu menggambarkan jengkel dan jijiknya aku terhadap filem ni.

2. Aku tonton juga dua filem francais anak mami terdahulu, Anak Mami The Movie dan Anak Mami Kembali. Aku secara peribadi merasakan kedua filem ini kelakar dan ada tujuan. Filem Anak Mami Nasi Kandaq bermula dengan masalah yang cukup kuat pada aku untuk dijadikan premis filem, tapi akhirnya hilang arah dan tujuan. Entah apa objektif setiap watak dalam filem ini pun aku tak tahu.

3. Kenapa perlu semua watak bila nak berinteraksi perlu menjerit jerit dan bersuara nyaring disertai dengan lenggok badan yang sangat komik? Adakah Anak Mami semuanya begitu? Tidak cukup dengan watak perempuan yang komikal, ditambah pula watak BAPA dan sidekicknya yang berperangai kebudak budakan.

4. Suntingan yang cukup teruk. kalau aku jadi lecturer di fakulti filem, aku akan gagalkan student yang buat editing yang aku kira tahap masuk televisyen pun tak boleh ni. Dah la color grading buat sendiri sampai over exposed, transition merapu, tempo lari, graphic teruk, macam kera baru dapat Final Cut Pro.

5. Aku tak pasti dari mana Razak Mohaideen dan FiTA Studio UiTM dapat duit dan berapa dia dapat untuk filem ni, Tapi takkan lah nak dapatkan audio yang bagus pun susah? Level bersepah! Dengan sekejap naik sekejap turun. Aku perasan ada part tu siap bergaung macam pakai built in mic dalam DSLR je. Weh produksi drama YouTube pun sound lagi power dari engkorang.

6. Dari segi setting pulak, apa mahal sangat ke nak bawak production team pergi ke Pulau Pinang untuk proses penggambaran? Penggambaran sepenuhnya dilakukan di Shah Alam dan DOP dengan Art Director tak perasan agaknya yang diorang ter-shoot segala papan tanda dekat background. At least try lah elak papan tanda. Agak agak la.

7. Aku cukup kecewa dan cukup sedih dengan filem ni. Besar besar tulis nama UiTM di awal filem dan keseluruhan filem ini menjengkelkan, cukup hodoh dan tidak melambangkan keilmuan tahap kesusasteraan mahasiswa universiti. Aku tak tahu apa perasan student FiTA bila tonton filem ni, tapi apa yang aku tahu, Razak Mohaideen memang biadap bila buat filem macam ni dan bawak nama institusi pengajian tinggi begini dengannya.

Rating: 0.5/5

Cukuplah David Teo seorang saja bodohkan Melayu dalam filemnya.

* dipetik dari group Facebook Movie Addict

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Ulasan Filem The First Omen (edaran 20th Century Studios)

"Duit Raya RM3 Je? Ini Bukan Zaman 90'an!", Netizen Tegur Ibu bapa Guna Anak Untuk Dapat Duit Raya Banyak

Foto Puteri Aishah (cikgu viral) seksi berbikini di kolam renang undang kecaman netizen

Ulasan Filem Sheriff arahan Syafiq Yusof

Hannah Delisha Keguguran, Tabah Mengharungi Ujian Kehilangan dengan Semangat Ramadan

Filem QUEEN OF LANGKASUKA yang memaparkan kesultanan Melayu lama