Jackie Chan Peluk Islam. Alhamdulillah!

 

Sempena kedatangan Awal Muharam yang mulia ini, pelakon yang lebih dikenali dalam dunia filem Hong Kong sebagai Jackie Chan mengambil keputusan untuk memeluk Islam dengan nama barunya Abdul Qadir Chan bin Abdullah (sebagai penghormatan pada jurufoto Kadir Chan dan sparring partner Bruce Lee, Kareem Abdul Jabar) atau orang Ganu panggil Pok Dir atau Ustak Dir Cine. Alhamdulillah. Dia juga pernah dicalonkan Oscar untuk filem Drunken Master dan Muallaf.

Berita pengislamannya kurang mendapat perhatian berikutan dia tidak mempunyai pakej tubuh ranum seperti Felixia Yap namun menyatakan pengislamanya itu dengan niat yang ikhlas dan bukannya gimik semata-mata selepas kurang mendapat tawaran berlakon sementelah patah rahang ketika bergayut di set lakonan yang sedikit sebanyak menenggelamkan populariti pelakon yang uzur sepertinya. Jackie Chan berhasrat mahu memadam gambar-gambar ketika menjadi pelakon dahulu yang mendedahkan ketiak macam Hanis Zalikha di Instagram secara perlahan-lahan sejak malam Raya Haji yang lalu.

[GAMBAR: Jackie Chan menyedekah unta sempena Hari Raya Qurban yang lalu di Syria.]

Dia juga baru mengikat kontrak sebagai duta serban Atlas menggantikan Deddy Mizwar. Kami bersyukur atas rezeki Jackie Chan . Pakai Atlas juga ya? Ya pasti, jenama Atlas. Shuffle bersepah.

Nota: Jackie Chan tak peluk Islam. Janganlah diambil serius post parodi ini. Ia dari gambar dari set filem lakonan Jackie Chan. 




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jofliam & Dewi Sah Bergelar Suami Isteri

"TAK INSAF LAGI KE?": Foto Seksi Atikah Suhaimie di Koh Samui Undang Kecaman Netizen

TAKZIAH: PENYANYI SITI SARAH RAISSUDDIN MENINGGAL DUNIA #COVID-19

Hannah Delisha Keguguran, Tabah Mengharungi Ujian Kehilangan dengan Semangat Ramadan

Teori Koma Ash: Pokemon Hanya Imajinasi?

Isteri Kantoi Curang Dengan Skandal, Diumpan Belanja Baju di Aeon Mall KB