Viral di TikTok gara-gara lagu Dinda, Kugiran Masdo kini jadi sebutan peminat muzik Indonesia

Viral di Indonesia gara-gara lagu Dinda dendangan Kugiran Masdo yang sering digunakan sebagai lagu tema pasangan bercinta di aplikasi TikTok, rupa-rupanya Kugiran Masdo yang berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia ialah penyelamat muzik Malaysia hampir dua tahun lalu yang ketandusan kumpulan gitar rancak yang mampu memecah bentung arus muzik perdana menurut laporan portal BACKSTAGE.MY. 

Kugiran Masdo dianggotai oleh Ali Sariah sebagai vokalis, Asmawi (gitar utama), Putu Ceri (bass) dan Azham Ahmad (dram) bermula sejak tahun 2015 daripada asalnya bernama The Lipstik. Selain Dinda,  mereka juga popular dengan lagu-lagu seperti Bunga, Teruna & Dara, dan Bercanda di Malam Indah. 

Biarpun dicerca dan dihina oleh penyokong Neelofa yang bertenggek depan TV menonton Meletop,  ia tidak dapat menafikan hakikat bahawa Kugiran MASDO ialah penyelamat irama yang dibawa oleh kumpulan gitar rancak yang semakin sendu hampir sedekad lalu selepas berjaya ke final Anugerah Juara Lagu ke 34. Sebelum Masdo, rancangan carta lagu Muzik-Muzik di TV3 pernah digegarkan dengan ombak muzik indie dari Hujan, Meet Uncle Hussein,  Bunkface, Angkatan Pemuda Indie, Couple dan lain-lain lagi yang pernah mencuba dan ada yang berjaya membawanya ke pentas akhir AJL dan kini Masdo menyambung legasi ini daripada terus-terusan AJL diwacanakan sebagai pertandingan karaoke jamban siapa tarik vokal tinggi yang lari dari matlamat asal yakni memartabatkan seni penciptaan lagu. 

Harapnya kita dapat lihat muzik emo longkang bawaan Playburst turut ke AJL edisi yang seterusnya. 

Soalan kuiz mega movie: Dah berapa kali Azham pernah main dram untuk final AJL sebelum Masdo?

Buat peminat muzik Indonesia, di Malaysia juga ada band Toko Kilat:


...dan XPDC:



Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Bidaah Episode 16: Akhir Alternatif yang Mengejutkan

Menu Santapan Diraja Bagi Majlis Perkahwinan Putera Mateen dan Dayang Anisha Viral di Internet, Lagu Man Bai Jadi Perhatian

12 LAGU YANG TAK BOLEH KALAH DI ANUGERAH JUARA LAGU KE-38

Dilema Suami Muda: Jatuh Hati Pada Orang Lain Ketika Isteri Sedang Hamil - Tanya Pakar

[TELEFILEM] Rock Sangkut, lakonan Along Cham, Joey, Hazama

Ulasan Filem The First Omen (edaran 20th Century Studios)