Econsave Setapak Central Mall Bakal Tutup: Bakal Diganti Jaya Grocer?

Menurut sumber, Econsave Setapak Central Mall akan beroperasi sehingga hujung bulan ini sahaja sebelum ditutup secara rasmi. Tempat tersebut desas-desusnya bakal digantikan dengan rangkaian pasar raya premium, Jaya Grocer.

Penutupan ini dipercayai berpunca daripada pertukaran pemilikan baharu Setapak Central Mall yang dikabarkan mahu menaik naik taraf (upgrade) imej serta kemudahan pusat membeli-belah berkenaan.


Barangan Murah vs Isu Kebersihan

Berita ini sudah tentu dirasai ramai pelanggan setia. Econsave yang beroperasi sejak hari pertama pembukaan mall ini pada 2011 (era KL Festival City sebelum dijenamakan semula kepada Setapak Central pada 2015) sememangnya menjadi tumpuan ramai kerana tawaran harga barangan yang jauh lebih murah. Namun, tidak dapat dinafikan isu kebersihan di premis berkenaan sering menjadi pertikaian pelanggan sebelum ini.


Banyak Alternatif Lain di Sekitar Setapak

Pun begitu, penduduk sekitar tidak perlu risau kerana kawasan Setapak masih mempunyai lambakan pilihan pasar raya lain:

  • Walking distance / 5 minit pemanduan:
    • Giant
    • AEON BiG
    • Mydin
    • NSK Trade City
  • 10 hingga 15 minit pemanduan:
    • AEON Alpha Angle
    • Lotus’s Wangsa Walk
    • Ong Tai Kim
    • The Store (M3 Mall)
    • AEON BiG Wangsa Maju

Kemasukan Jaya Grocer Cetus Tanda Tanya

Langkah membawa masuk Jaya Grocer ke Setapak Central turut menimbulkan pelbagai pandangan. Ramai merasakan segmen barangannya yang agak mahal kurang sesuai dengan demografi utama pengunjung kawasan tersebut. Malah, Jaya Grocer sudah pun beroperasi di KL East Mall—yang dilihat lebih ideal dan bertepatan dengan imej pusat membeli-belah kelas atasan bagi kawasan Setapak, Wangsa Maju, dan Taman Melati.

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Feby Putri kembali ke Zepp Kuala Lumpur dengan konsert Vol.3: Hitam Putih

Bekas Pemain Bola Sepak, Gopi Rizqi Kini Berniaga Air Balang Sempena Ramadan

Dilema Suami Muda: Jatuh Hati Pada Orang Lain Ketika Isteri Sedang Hamil - Tanya Pakar

Aku, YouTuber Kecil & Kekasihku, Taylor Swift

Pengajaran Buat Kaki Travel: Hati-Hati Dengan Penumpang Yang Terlebih Mesra