HERO REMAJA 2021: Program Baru Astro Ria Perkenal 12 Finalis dan Juri Tetap, Scha Alyahya dan Rosyam Nor Digandingkan Sebagai Hos

Pencarian Hero Remaja anjuran Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. dengan kerjasama Astro Ria kembali untuk edisi kesebelas.

Sesi uji bakat mula dianjurkan pada Disember 2020 telah dilakukan secara atas talian buat kali pertama dalam sejarah. 

Ia disambung semula menerusi uji bakat secara fizikal dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat pada April 2021. 

Para juri jemputan iaitu Dato’ Aaron Aziz, Datin Fouziah Ghous, Norman Hakim, Que Haidar dan Anzalna Nasir melihat dengan lebih dekat kemampuan para peserta daripada aspek berbeza.

Program pengenalan Prelude Hero Remaja 2021 telah ditayangkan setiap hari Sabtu, 9.00 malam di Astro Ria sejak 13 Julai lalu, memaparkan persediaan 12 peserta yang terpilih untuk memenuhi slot final.

12 finalis Pencarian Hero Remaja 2021 tersebut ialah:

AFIQ HAMIDON (20, Selangor), ALIF HAIQAL (21, Kuala Lumpur), AMIR AHNAF (21, Terengganu), ARYAN NAIM (24, Negeri Sembilan), AQIL TAQEE (22, Kuala Lumpur), FARHAN NORDIN (23, Johor), FAZZIQ MUQRIS (21, Selangor), IDEEN AZMAN (21, Melaka), MIERUL AIMAN (23, Putrajaya), SYAZANI ZAINAL (19, Selangor), ZAID ERAKAD (23, Selangor) dan ZAIM YAZID (22, Selangor).


Program pencarian Hero Remaja 2021 akan menemui penonton selama lapan episod setiap Sabtu, 9.00 malam mulai 11 September 2021 di Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) atau strim di Astro Go dan On Demand.

Program ‘Hero Remaja 2021’ menampilkan juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae dan juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar sebagai hos. Juara Dewi Remaja 2005/2006 iaitu Scha Alyahya juga akan kembali ke kerusi Juri Tetap bergandingan dengan Dato’ Rosyam Nor. 



Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

From Saga With Love, sebuah drama rom-com tempatan lakonan Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Fimie Don dan Ikmal Amry

Hannah Delisha Keguguran, Tabah Mengharungi Ujian Kehilangan dengan Semangat Ramadan

“Ramai Cuba Mendekati, Maaf Saya Belum Sedia,” – Sophia Albarakbah

Instagram Akan Membasmi Followers, Komen dan Likes Palsu

Filem QUEEN OF LANGKASUKA yang memaparkan kesultanan Melayu lama

Ulasan Filem The First Omen (edaran 20th Century Studios)