Ulasan siri tv web TRAVELERS (dari saluran Netflix)

Ada siapa2 tonton siri filem ini? Travelers, kisah manusia yang masih selamat dari masa depan dihantar semula pada abad 21 untuk menghalang bencana yang bakal berlaku.

Yang menariknya cara mereka mengembara masa. Mereka akan masuk ke dalam jiwa manusia yang bakal mati. Kira mereka hidup dalam 'host body', dan mereka ini dipanggil traveler. Yang mana kalau ikutkan host body tu akan mati. Selepas mereka masuk, 'host body' hidup semula. Proses tu macam sakaratul maut tarik nyawa la kot. Haha. Arahan semua dari 'director' menggunakan anak kecil. anak kecil tidak perlu pemindahan, cukup beberapa minit arahan diberi separa sedar, selesai arahan, budak tu akan sedar semula.

Menarik. Sebab sangat banyak filem, siri tv web kembara masa ni, maka pengarah kena fikir lain dari yang lain.

Untuk ini perewa bagi 3.5/5

Ulasan oleh Perewa Muda
 (group Facebook ‎Movie Addict)

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Ulasan sedutan awal filem TOMBIRUO

Ulasan filem THE BEEKEEPER: Jason Statham Mendebik Budak Kripto

DON'T STOP BELIEVIN'! BIOPIK KUMPULAN JOURNEY DARI PENGARAH CRAZY RICH ASIANS BAKAL DIHASILKAN!

Neelofa dan Nabil Dikecam Netizen: Nasihat Kontroversi dalam Isu Keluarga Pemanggil Radio

Banglo murah di Shah Alam, pakej dengan tenant senang terhibur

Elliza Razak Kembali dengan Single Baharu, "URAI"