Ulasan Drama Bersiri: KL Menjerit The Series

Selepas menonton podcast NUSA, saya terus mencari drama bersiri KL Menjerit The Series di YouTube. Tidak dinafikan, siri ini benar-benar mengimbau kenangan lama.


Drama bersiri ini merupakan adaptasi daripada filem KL Menjerit arahan Fairuz Loy yang diterbitkan pada tahun 2008. Namun, menariknya, jalan cerita siri ini jauh berbeza daripada filem asal. Walaupun mungkin tidak ramai yang sedar akan kewujudannya, siri ini tetap mempunyai keistimewaan tersendiri.

Antara elemen menarik ialah penyertaan Que Haidar, yang sebelum ini berlakon dalam filem KL Menjerit. Dalam siri ini, beliau diberikan watak yang berbeza daripada filem. Lebih menarik, menurut Sam (salah seorang pelakon), beliau terlibat secara tidak sengaja dalam projek ini dan terus diberikan watak antagonis selepas membaca skrip.

Siri ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Adi Putra (sebagai Shah), Bell Ngasri, Nabila Huda, Fiz Fairuz, Allahyarham King, Kenji Sawahi, dan ramai lagi. Sekiranya mahu disenaraikan semuanya, memang panjang.

Secara keseluruhannya, saya sangat mengesyorkan drama bersiri ini. Walaupun ada sedikit kelemahan pada plot yang kadangkala meleret, ia tetap seronok untuk ditonton dan dinikmati.

Jika anda peminat karya tempatan, KL Menjerit The Series patut masuk dalam senarai tontonan anda!

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Ed Sheeran Beri Kejutan Istimewa di Singapura, Sedia ke Kuala Lumpur. Stadium Nasional Bukit Jalil Sekali Lagi Diuji

“Ramai Cuba Mendekati, Maaf Saya Belum Sedia,” – Sophia Albarakbah

Billy Tio Mengulas Filem Alien: Romulus

Ulasan filem Monkey Man

“Safwan Ehh Afnan” Bakal PM11? Janji Tiada Tarif, Hidup Makmur Menanti?

Hannah Delisha Keguguran, Tabah Mengharungi Ujian Kehilangan dengan Semangat Ramadan