Andai Tiada Dia Minggu Akhir - Tayangan Istimewa Bersama Pelakon

Astro Anjur Tayangan Istimewa Pasca Kejayaan ‘Andai Tiada Dia’

Drama bersiri ‘Andai Tiada Dia’ telah mencetuskan fenomena tersendiri di media sosial dan berjaya mengungguli tempat pertama dalam seleksi drama Astro di slot MegaDramanya bagi tahun ini. Kejayaan luar biasa drama ini disebabkan oleh sambutan hangat daripada para pelanggan yang telah melonjakkan ratingnya kepada 1.623 juta tontonan, memecahkan rekod tertinggi sepanjang sejarah kandungan Melayu Astro.


Susulan kejayaan tersebut, Astro telah menganjurkan tayangan istimewa episod baharu drama ini pada 12 Disember 2024, bertempat di Dash Box Hotel, Cyberjaya. Acara tersebut turut dihadiri oleh barisan pelakon utama seperti Hisyam Hamid, Ummi Nazeera, Mimi Lana, dan Zahiril Adzim, serta pelakon-pelakon lain seperti Rosnah Johari, Kodi Rasheed, Alicia Amin, Mia Nasir, Mas Anizan, dan Husna Mustaffa. Pengarah drama ‘Andai Tiada Dia’, Riza Baharudin, juga hadir memeriahkan acara.


Para hadirin disambut dengan tayangan episod ke-32 yang terbaru, serta persembahan runut lagu daripada drama ini yang dinyanyikan oleh Amir Masdi dan Isyariana. Sesi temu bual bersama barisan pelakon turut diadakan, memberikan peluang kepada rakan-rakan media untuk mendekati mereka lebih dekat.



Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Bella Astillah dan Syed Saddiq Akhirnya Bertunang

Zizi Kirana dan Yusof Bahrin Selamat Bernikah, Dua Bulan Bercinta Terus Kahwin

Ed Sheeran Beri Kejutan Istimewa di Singapura, Sedia ke Kuala Lumpur. Stadium Nasional Bukit Jalil Sekali Lagi Diuji

Ulasan filem HAUNTED HOTEL: filem yang dirakam di lokasi kematian sebenar di Genting Highland telah mengutip 10 juta kutipan tiket wayang di China!

Ulasan filem Monkey Man

Fazura Maafkan Lan Pet Pet