KRU Kembali Berkonsert Dengan GenKRU di Axiata Arena Mei 2025


Trio legenda tanah air, KRU, bakal mencipta sejarah dengan penganjuran Konsert GENKRU pada 3 Mei 2025 di Axiata Arena, Kuala Lumpur. Konsert ini menandakan kemunculan semula Norman, Yusry, dan Edry Abdul Halim selepas lebih enam tahun tidak membuat persembahan berskala besar bersama.


Dianjurkan oleh ICON ENTERTAINMENT, Konsert GENKRU dijangka menjadi acara epik, menampilkan perjalanan lebih 30 tahun KRU dalam industri muzik tempatan dan antarabangsa. Trio ini terkenal dengan karya seperti Awas, Fanatik, Generasiku, dan Oh La La, yang terus diingati peminat sejak mereka mencipta revolusi muzik Malaysia pada 1992.

Menurut Pengasas ICON ENTERTAINMENT, Iman Tang, persiapan konsert ini telah dirancang sejak 2022. Beliau menjanjikan persembahan yang memukau dan menganggap peminat akan rugi besar jika tidak hadir.

KRU turut menyifatkan konsert ini sebagai platform untuk meraikan evolusi mereka dari era 90-an hingga kini. Bagaimanapun, mereka enggan mendedahkan butiran konsep konsert, menjanjikan pengalaman yang luar biasa kepada peminat.


Tiket konsert boleh dibeli di www.ticket2u.com.my dengan harga bermula RM258 hingga RM588 mengikut kategori. Peminat diseru tidak melepaskan peluang menjadi sebahagian daripada sejarah muzik tempatan ini.

Maklumat Acara:

  • Artis: KRU
  • Acara: Konsert GENKRU
  • Lokasi: Axiata Arena
  • Tarikh: 3 Mei 2025
  • Masa: 8.30 malam
  • Penganjur: ICON ENTERTAINMENT
  • Tiket: RM258–RM588

"Awas" jika anda "Fanatik" KRU, pastikan hadir ke Konsert GENKRU untuk menyaksikan aksi legenda ini di pentas!

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Bella Astillah dan Syed Saddiq Akhirnya Bertunang

Zizi Kirana dan Yusof Bahrin Selamat Bernikah, Dua Bulan Bercinta Terus Kahwin

Ed Sheeran Beri Kejutan Istimewa di Singapura, Sedia ke Kuala Lumpur. Stadium Nasional Bukit Jalil Sekali Lagi Diuji

Ulasan filem Monkey Man

Ulasan filem HAUNTED HOTEL: filem yang dirakam di lokasi kematian sebenar di Genting Highland telah mengutip 10 juta kutipan tiket wayang di China!

Fazura Maafkan Lan Pet Pet