KES VIDEO CHANNEL YOUTUBE LOFI GIRL: FMC MUSIC TAMPIL MEMOHON MAAF

Satu laporan polis telah dibuat dan menunggu pihak YouTube menyelesaikan siasatan. 


Sebelum ini, channel YouTube Lofi Girl melaporkan di Twitter dua video mereka telah diturunkan dari platform YouTube kerana telah menerima 'copyright strike'. Salah satu video ini yang telah distrim sejak dua tahun lalu menerima lebih 600 juta tontonan. Pihak YouTube bagaimanapun memohon maaf kerana penurunan video ini ialah kesilapan mereka dan memastikan video-video ini akan dinaikkan semula. 


Ok, part ini menarik sikit. Mengikut copyright strike yang diterima Lofi Girl, ianya kerana mereka menggunakan bahan (rasanya lagu) yang merupakan hakcipta milik FMC Music Sdn Bhd Malaysia. Lagu siapa yang dia pakai tu kalau copyright strike ni memang betul? Atau ia satu bentuk sabotaj?


Lofi Girl ialah satu channel YouTube  yang berupa playlist seleksi beat-beat lofi hip hop royalty free yang mana pengunjung channel ini sering lawati untuk mendengar lagu yang menaikkan mood mereka ketika sedang belajar atau berkerja. Fantasia Music City atau FMC pula merupakan sebuah syarikat rakaman Malaysia yang ditubuhkan sejak 1991 di mana ia menghimpunkan penyanyi-penyanyi terkenal masa kini seperti Afieq Shazwan, Fareez Fauzi, Haqiem Rusli, Haziq Putera, Muna Shahirah, Syed Shamim, Tajul, Tuah Adzmi, Wani Syaz, Wany Hasrita, Zack Zakwan dan Zali Rusli.

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

RNR Gambang Kini Lengang Diboikot Pemandu Bas, Pok Teh Luah Kekecewaan

Mengenang Seniman Terkenal : Allahyarham A.R. Tompel

Ulasan filem THE PREDATOR yang paling sedih!

Feby Putri kembali ke Zepp Kuala Lumpur dengan konsert Vol.3: Hitam Putih

Dilema Suami Muda: Jatuh Hati Pada Orang Lain Ketika Isteri Sedang Hamil - Tanya Pakar

Econsave Setapak Central Mall Bakal Tutup: Bakal Diganti Jaya Grocer?