Terjah Rumah Mael XPDC: Man MAX Mohon Maaf

Kelmarin, penyanyi XPDC, Mael meluahkan rasa kecewanya dengan tindakan bekas pemain dram May, Man yang mengambil video rumahnya di Muar, Johor untuk 'content' saluran YouTube tanpa kebenarannya, baru-baru ini.

"Saya kecewa. Cerita sebenarnya mana ada saya berjanji pun. Man kata nak datang Muar jumpa saya. Saya cakap jumpa di luar tak sangka dia nak buat 'content' untuk YouTube," ujar Mael dalam laporan Harian Metro. Tambah Mael, dia kecewa dengan cara Man kerana ketika itu dia sedang mengalami semput selain batuk dan selesema.

Lantaran itu, Man tampil membuat permohonan maafnya secara terbuka di saluran Facebook Kumpulan Max yang ada boleh baca di bawah:

Assalamualaikum kepada semua Sahabat, Followers dan Peminat Max mahupun Mael XPDC. Saya Man Max ingin memohon maaf kepada sahabat saya iaitu Mael XPDC dan keluarga beliau atas berlaku salah faham sewaktu saya membuat content di Youtube berkaitan terjahan dirumah beliau tempoh hari, dan saya telah membuat naik video tersebut di Chanel Youtube saya. yang membuat beliau marah kepada saya, sejujurnya tiada niat saya untuk aibkan beliau, mungkin kesalahan saya tanpa saya sedar merasakan diri beliau dimalukan. Saya memohon beribuan ampun dan maaf atas kekhilafan saya. Niat saya hanyalah untuk pemintaan peminat yang mahukan perkembangan Mael di YouTube Chanel saya. Dan saya tidak mahu lagi kisah ini berpanjangan lagi.. Kerana saya dan Mael adalah sahabat. Saya bersedia bersemuka dengan Mael sendiri untuk memohon Maaf. Jika Mael memberi ruang kepada saya.



Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

The Original Gangster — Syamsul Yusof bakal gegar pawagam lagi?

Iklan photoshoot raya RM100, sekeluarga tampil sedondon dicaj RM900

Ulasan filem FRANKENWEENIE arahan Tim Burton (Walt Disney Studios)

Keluarga Itu Episod Akhir (30) Robohnya Mahligai, Terbongkarnya Segala

Tanggungjawab Besar Anna Jobling dalam Filem Duyung Legenda Aurora

Rachel Zegler, Bintang Aksi Terbaik? Jangan Buat Lawak!