Taylor Hawkins, Pemain Dram Foo Fighters Meninggal Dunia

Pemain dram Foo Fighters, Taylor Hawkins telah meninggal dunia beberapa jam sebelum persembahan di Festival Estéreo, Colombia. Sebagai penghormatan, lilin-lilin telah dinyalakan di atas pentas konsert yang sepatutnya berlangsung dengan kenyataan rasmi dari band Foo Fighters di layar pentas.

Sejak menyertai Foo Fighters pada tahun 1997, beliau sempat merakam 8 album studio dan sebuah EP bersama band tersebut dan album Medicine at Midnight yang dikeluarkan pada tahun lepas ialah persembahan terakhirnya dalam sebuah album studio bersama Foo Fighters.

Foo Fighters tak pernah membuat konsert di Malaysia tetapi Taylor pernah menjadi pemain dram live untuk penyanyi Alanis Morissette ketika siri konsert jelajah Jagged Little Pill di mana beliau sempat membuat persembahan di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 29 November 1996.

Taylor Hawkins meninggal dunia di usia 50 tahun. 



Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

"Bismillah... ": Hannah Delisha sudah bersedia untuk bertudung sepenuhnya

Alysha Newman Ceriakan Kemenangan dengan Tarian Twerk yang Viral di Olimpik Paris 2024

Hannah Delisha keracunan makanan di hari jadinya yang ke-25

Peminat Kim Jae-hwan merusuh selepas konsert dibatalkan

Malaysia dalam Thunderbolts: Sekadar Bayangan di Layar Perak?

Ulasan Drama Bersiri: KL Menjerit The Series