Ulasan filem Valerian and the City of a Thousand Planets : "Laureline Yang Sesedap Mata Dipandang!"

Pengakuan: aku tak pernah tengok kartun atau komik Valerian ni. So aku tak tau plot atau kenal dengan mana2 characters. Aku cuma kenal Luc Besson!

Seriously, bila aku tengok cerita ni, terus rasa ada similarities macam The Fifth Element. Lebih2 lagi bila Bubble (Rihanna) keluar menari tiang rasa sebijik macam tengok Diva Plavalaguna menyanyi!
Menarik dalam cerita ni ialah opening scene yang memaksa aku berkata wow! - bayangkan jika ia benar-benar berlaku kpd ISS nanti? Semakin tahun semakin banyak bangsa alien yang akan docking di situ dan akan mencetus politik intergalactic berlaku! Fuhhh!

Cerita ni berkisah tentang 2 orang agen kerajaan Alpha yang kerjanya 'covert operation' untuk mendapatkan semula harta kerajaan di tangan orang walau apa jua cara. Major Valerian sukakan Sarjan Laureline (dan aku setuju!) tetapi Laureline bertindak 'pro' terhadap tugas.

Planet Mill (Mül) telah diletupkan oleh manusia & bangsa alien Pearls kini dah takder planet. Dua benda yg hilang ialah mutiara tenaga & haiwan converter (replicator) yang boleh beranakkan apa juga bahan yang dimasukkan ke mulutnya. Ketua bangsa Pearls - Maharaja Haban Limai (suaranya macam perempuan) memerintahkan rakyatnya untuk mengadaptasi cara hidup baru dan belajar tamadun & ilmu semua makhluk di Alpha. Mereka bersetinggan di tengah2 pusat kerajaan Alpha untuk membina semula kapal angkasa sehingga mengancam keselamatan penduduk asal.

Pendek cerita, akhirnya Valerian & Laureline pulak yang bersekongkol dengan Haban Limai! Kahkahkah - hangin satu badan General perang kerajaan Alpha!

Visual cerita ini sangat lazat untuk ditonton di layar besar (atau HDTV 80inci dengan resolusi 1080p). Jalan ceritanya menarik walaupun banyak kecaman dilontarkan terutama dari kem RottenTomatoes.

Jalan ceritanya buat aku terhibur. Walaupun ia bukan dari Hollywood, tetapi keupayaan produksi berjaya menyebabkan filem ini pulang balik modal (dengan sedikit untung). Pengarahan Luc Besson? Macam predicted plak mungkin aku suka cerita Fifth Element kot?
SFX dan VFX sangat licin. Seperkara yang aku belajar dari filem ini - jika ternampak 3 ekor itik, maka cepat-cepatlah sembelih, salai & kemudiannya buat masak lemak cili api. Sesungguhnya itik2 dalam cerita ni sangat bijak berniaga!

Korang dah tengok? Sila tambah komen kat bawah ni.

Ulasan oleh Adli Ayob ( 
‎Movie Addict)

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Syasya Dolla Kahwin Hari Ini, Tamatkan Spekulasi Pengunduran Dari Dolla

Hannah Delisha Keguguran, Tabah Mengharungi Ujian Kehilangan dengan Semangat Ramadan

Ulasan Filem The First Omen (edaran 20th Century Studios)

Jendela Hati - Drama Adaptasi Novel yang Menyentuh Hati, Kini di VIU

TAHUKAH ANDA: FILEM MIIMALAND LAKONAN FATTAH AMIN MAMPU KALAHKAN RATING FILEM AVENGERS: ENDGAME DI ROTTEN TOMATOES

PENYANYI SALEEM IKLIM MENINGGAL DUNIA