PENGABDI SETAN (2017) : Sebuah kupasan

Pendapat, Review Cincai (Spoiler Teruk) dan Open Discussion (Boleh park jadi lepas tengok esok lusa boleh tanya dan check jawapan)

PENDAPAT
Kita mulakan dengan pendapat dulu, dah lama sebenarnya tak tengok filem seram Indonesia. Pengabdi Setan ini seperti memberikan nafas baru kepada filem seram Indonesia (selain The Doll dll) kerana sejak tahun 2012 keatas, filem seram Indonesia tak seperti filem seram kerana adegan seksual 18+ yg banyak dan keterlaluan, terlalu banyak genre seram komedi tambahan pula ada filem yg mengambil porn star dari Jepun sebagai pelakon khas dalam filem tersebut.

Rasa syok sangat tonton filem ini malam ni. Sebenarnya saya menonton seorang, bukan dengan family. Biasa tengok hantu mat saleh seperti Conjuring tak takut dengan hantu pun, lagi syok adalah, jumpscare je yang buat terkejut, tetapi, Pengabdi Setan, fuhhh memang power la beb, terus terang saya cakap masa suku cerita tu, saya ada perasaan takut nak balik sorang-sorang hahahaha. Mungkin sebab kita orang Nusantara, dari kecik dah layan hantu macam ni je, maka takutlah kita.

Saya tonton bukan sebagai pengkritik ke apa, tapi lebih kepada fanboy sebuah filem seram lagi lagi yang dari kecik dah tengok, memang dah lama tunggu, seram memang seram, memang sesuai dengan diri kita orang Nusantara yang ingin disajikan dengan hantu zaman kecil kita daripada asyik layan hantu jumpscare mat saleh tak habis-habis hahaha.

Rating Jujur : 7 / 10
(Asal 7? Jom baca sedikit review cincai (SPOILER ALERT) dan persoalan yang bermain di minda ini.

REVIEW CINCAI (90% SPOILER ALERT)

Siapa yang dah tengok Pengabdi Setan (1980) mesti sedikit sebanyak akan tahu plot cerita dia, akan tetapi, dalam Pengabdi Setan 2017 ni ada yg inverse (terbalik) sikit haha. Benda ni Joko Anwar memang dah beritahu, filem 2017 ni bukan 100% sama macam 1980 punya. 1980 punya dieorang keluarga kaya tapi version 2017 keluarga susah. Versi 1980, teman lelaki si anak perempuan tu orangnya social dan banyak melakukan dosa jugaklah tapi dalam versi 2017 dia anak kepada Pak Ustaz hehehe. Pak Karto orang tua pekerja lelaki, dalam 2017 ni ada mak kepada si Bapak. Watak lebih kurang sama, yg penting suara tu hahahaha.

Part seram agak kurang bagi saya, kat atas saya ada mengatakan bahawa semasa suku cerita ni, rasa macam takut nak balik, nak tau kenapa ? Masa si anak perempuan (Rini / Tara Basro) mimpi yang ibunya boleh bangun sedangkan ibunya di katil tengah bunyikan loceng tu, hantu dia berpusing sambil tersenyum, itu bagi saya memang seram nokharom, tapi dia pusing separuh je, Allahu, hilang seram hahaha, lebih cantik kalau terus pusing habis sambil tunjuk muka senyum tu, memang pehh, saya cakap memang saya akan teringat-ingat scene tu, malangnya, muka malu nak tunjuk haha. Lain-lain seram dia agak biasa kerana.....

Kerana filem ni dia punya seram seakan-akan Insidious + The Conjuring 2 + Annabelle : Creation + The Ring, scene Bondi tekan tekan kamera tengok gambar gambar tetiba keluar si Ibu, hantu senyum (Insidious), scene ruang sempit dengan gambar yang seram macam gambar post ni (The Conjuring 2), scene Ibu memerlukan loceng untuk bantuan, lagu seram Kelam Malam kain putih campak jadi orang (Annabelle : Creation), scene telaga/perigi (The Ring), apa apa pun memang power pengarah Joko Anwar satukan semua elemen ini dalam movie Pengabdi Setan ini, lagi best tiada jumpscare murahan. Bravo. Cuma tulah, tu je yg seram sangat bagi saya, yang mayat bangkit, pocong bersepah macam zombie tu agak biasa bagi saya tapi tetap seram juga.

Cinematography mantap, terasa bangga seketika dengan Bront Palarae, dari Mat Nor Kusyairi and The Velveboys, ke drama orang Thailand terdampar di laut lalu jatuh cinta (Cinta Tsunami), berlakon filem watak lunyai sikit dalam V3 Samseng Jalanan, watak pengulas power dalam Ola Bola sehingga kini kepada Bapak dalam Pengabdi Setan. Lancar je cakap Indo, pembawaan watak yang bagus, walaupun pergi bandar settle lama sangat sampai datang mengejut ke rumah Pak Ustaz untuk ambil anak-anaknya haha. Tahniah Bront, saya minat anda sangat-sangat.

Cukuplah untuk review cincai ini, bukanlah review sangat pun, cerita spoiler je lebih hahaha. Tapi ada persoalan yg bermain di minda saya, kalau yg tau tolonglah jawabkan, kalau soalan tak lengkap, tambah lagi di ruangan komen ya. 

PERSOALAN 
1. Bacaan Jawa Kuno tu apa maksudnya? Filem ini pun dimulai dengan bacaan itu, seterusnya dimainkan dalam cakera rekod (Phonograph/Vinyl record) oleh Rini secara terbalik, apa maksudnya dan apa tujuannya? Ada part yang saya terlepas kah tentang info tu? Akan tonton untuk kali ke-2 nanti.
2. Apakah yang Bapak cakap kepada si ibu Mawarni sebelum dia meninggal dunia? Saya hanya dengar "untuk kebaikan anak-anak", tapi bila Rini flashback balik, rasa macam panjang lah pulak, Rini asyik tanya je apa yang Bapak katakan kepada Ibu, tapi lepas tu terus keluarga tu kena kacau, macam sedikit tergantung, rasa curious ingin tahu.
3. Si Nenek mati dibunuh atau bunuh diri? Kat kerusi roda, rasa tak boleh bangun, tapi dia bangun pulak tiba-tiba, tau tau terus mati, orang kampung kata "Dia nak ambil air lepas tu terjatuh", tapi tak kan la jadi macam tu haha, dibunuh atau bunuh diri? Jeng Jeng Jeng.
4. Siapa yang datang last-last ke rumah Budiman ? (Orang tua kawan si nenek). Ingatkan orang dari cult (Persatuan Setan) datang nak bunuh dia, tapi rasanya ya tapi rasanya bukan, sebab tak ada tunjuk pun haha. Adakah Bapak sebenarnya yang datang sebab nak upah dia bawak kenderaan untuk ambil dia dan keluarga ke bandar? Tak kan nak mengaku jadi tukang urut kot haha. Tapi rasanya memang orang dari cult yang datang nak bunuh dia macam mereka bunuh Hendra (Anak Pak Ustad meninggal jatuh motor diseret lori)
5. Apa jadi dengan si anak berdarah setan (Ian) lepas dah kena claim dengan si mayat hidup?
6. Sepatutnya datang yg claim si ibu tapi apasal bawak geng jilake, kesian Pak Ustad. Dah ajal dia kata Director, haha.
7. Nenek layan Ian dengan sangat baik, akan tetapi macam mana nenek boleh tahu Ian bakal jadi jahat sbb darah setan dia tu? Sampai dah mati masih boleh protect family dan minta Bondi untuk bunuh adik dia sbb dia tahu Ian tu last2 akan jadi jahat, persoalannya macam mana dia tahu? Lepas nenek meninggal baru Rini jumpa Budiman, Budiman bagi buku, lepas tu siap update latest punya artikel lagi, nenek awal2 dah tahu, mungkin lepas mati semua benda boleh tahu mungkin?
8. Bapak ada minta maaf kepada Ibu dan mengatakan ini semua salah dia. Kita pun tak tau kenapa ibu join cult tu, sengaja atau dipaksa si Bapak? Zassss
9. Siapa yang last sekali tu? Haaa ini ada jawapan dia...
Tahukan anda, perempuan yang last sekali tu nama dia Darminah dan Darminah inilah sebenarnya bomoh sihir dan orang gaji yang jahat dalam filem Pengabdi Setan 1980. Nice bukan ? Tentang apa tujuan dia tak nak bagi pindah, bagi makan apa semua tu, saya bagi chance kawan2 MA tolong jawabkan haha. Last sekali scene joget yang agak ghairah, dah lah malam Jumaat, mengada betul hahaha.

Sekian itu sahaja dari saya group MA, saya sangat suka filem Pengabdi Setan ini, ayuh kita dengar lagu Kelam Malam (OST Pengabdi Setan)

UPDATE : Mungkin filem ini akan ada sekuel dan ditayangkan pada 2018 (Y)

Mungkin segala plot hole akan dijelaskan dalam sequel akan datang (Y)

Oleh: Muhammad Afifi Hafiz Ridzuan (Movie Addict)

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Syasya Dolla Kahwin Hari Ini, Tamatkan Spekulasi Pengunduran Dari Dolla

From Saga With Love, sebuah drama rom-com tempatan lakonan Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Fimie Don dan Ikmal Amry

“Ramai Cuba Mendekati, Maaf Saya Belum Sedia,” – Sophia Albarakbah

Jendela Hati - Drama Adaptasi Novel yang Menyentuh Hati, Kini di VIU

PENYANYI SALEEM IKLIM MENINGGAL DUNIA

Hannah Delisha Keguguran, Tabah Mengharungi Ujian Kehilangan dengan Semangat Ramadan