Diana Danielle, Aliff Aziz, Hefny Sahad dalam DI SEBALIK WAJAH, siri drama 30 episod terbaru di saluran HyppSensasi, (HyppTV Channel 116 )

DI SEBALIK WAJAH, siri drama 30 episod terbaru di saluran HyppSensasi, (HyppTV Channel 116 ) mula tayang 1 Mei 2017, jam 9 malam.

Pelakon: Diana Danielle, Aliff Aziz, Hefny Sahad, Marissa Yasmin, Zarina Zainoordin, Haeriyanto Hassan dan Anwar Khan.
Penerbit: Francis Foo
Pengarah: Patrick Lim
Penerbit Eksekutif: Wan Rozita Aladad Khan, Haslinda Abd. Rahman, Juliana Foo
Penerbit HyppTV: Jeremy Kung, Emily Wee
Terbitan: Filmscape Sdn Bhd
Hashtag: #disebalikwajah @disebalikwajah



SINOPSIS

Setelah terjaga dari koma dan menjalani pembedahan muka ekoran satu kemalangan ngeri, seorang wanita keliru dengan identiti dirinya.

Melalui orang sekeliling dia hanya tahu yang namanya Nadia Sabrina Syamsul dan dia isteri kepada Amir Hisyam, pewaris sebuah syarikat pemaju hartanah terkemuka di Malaysia.

Namun, Nadia menjadi bertambah keliru kerana pada masa yang sama dia dihantui bayangan dan sering mendapat panggilan misteri yang menyuruh dia membunuh suaminya, Amir Hisyam. Pada masa yang sama juga, dia sering terbayang seorang lelaki lain yang merupakan seorang wartawan jenayah, Fared Hanafi yang kehilangan teman wanitanya, Elisa di hari yang sama Nadia kemalangan manakala Amir Hisyam pula ditembak.

Nadia dan Red mengesyaki yang kehilangan Elisa ada kaitan dengan kemalangan yang dialami oleh Nadia serta kes tembak Amir. Nadia yang cuba mengembalikan ingatannya menyertai Red dalam siasatannya untuk membongkar misteri di sebalik kesemua kejadian itu tetapi hubungan rapat mereka menimbulkan salah faham di antara Nadia dan suaminya, Amir.

Bagaimanakah kesudahan hubungan Nadia dan Amir? Dapatkah Nadia dan Red menjejak Elisa? Saksikan Di Sebalik Wajah dan ikuti perjalanan Nadia dalam membongkar misteri yang menyelubungi mindanya.

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Tonton Two Sisters atau wang dikembalikan jika penonton tak berpuas hati

"Duit Raya RM3 Je? Ini Bukan Zaman 90'an!", Netizen Tegur Ibu bapa Guna Anak Untuk Dapat Duit Raya Banyak

From Saga With Love, sebuah drama rom-com tempatan lakonan Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Fimie Don dan Ikmal Amry

Hannah Delisha Keguguran, Tabah Mengharungi Ujian Kehilangan dengan Semangat Ramadan

DRAGON FORCE : THE RISE OF ULTRAMAN, CHINA DAN MENIRU BERPISAH TIADA

Black Mirror: Bandersnatch (No Spoiler Review)