GHOST IN THE SHELL – Apakah bukti manusia itu 'manusia'?



Ghost in The Shell [2017]
[Action,Crime,Drama]
Pengarah: Rupert Sanders
Tarikh Tayang: 30 Mac 2017

Sinopsis: Berlatarkan masa hadapan, garis pemisah antara manusia dan teknologi semakin menipis – majoriti manusia telah dipertingkatkan secara sibernetik. Major, bersama-sama pasukan keselamatan ‘Section 9’, kini dalam operasi penyiasatan untuk memburu penjenayah siber yang mengganggu-gugat kesejahteraan komuniti moden ini.

‘Hollywood’ akhirnya menghasilkan adaptasi berdasarkan ‘manga’ popular serta filem animasi bertaraf lagenda [dengan tajuk yang sama] ini. Para peminat karya asal sudah lama menunggu (dan risau) bagaimana hasilnya (termasuk saya) - kerana kita semua sudah tahu ‘mereka’ sangat terkenal dengan kehebatan ‘merosakkan’ karya-karya asal, lebih-lebih lagi karya dari negara matahari terbit ini.

Ianya tidaklah seteruk yang disangka. Masih mengekalkan elemen ‘old school’ dan estetik ‘retro-futuristik’ tahun 80-an/90-an dari segi visual dan runut bunyi (‘synthwave’+’retro-electro’), juga menterjemah beberapa babak asal dari filem animasi dengan baik dan menyenangkan hati saya sebagai peminat filem asal.
Perjalanan cerita yang rata-rata perlahan dan sederhana padat dengan aksi; ala-ala sejenis gaya penceritaan ‘noir cop’ - memfokuskan perihal bergelutan dalaman antara moral manusia/mesin watak utama dan mencari asal-usul. Tetapi masih cukup untuk menarik fokus penonton untuk mengikuti perjalanan cerita ini.

Campuran watak-watak asal dan baharu (walaupun latar belakang tidak berapa mendalam dan hanya permukaan), fokus jalan cerita yang berbeza (juga lebih ringan) dari karya asal tetapi masih berselisih dari segi campuran olahan babak-babak asal, dan juga justifikasi hubungan protagonis versi baharu ini adalah antara kekuatan filem ini.

Satu sahaja yang saya agak rimas – terlalu banyak syot fokus ke muka watak. Nasib baiklah Scarlett Johansson comel. Beat Takeshi sebagai Aramaki menjadi kegemaran saya – ‘badass’ dalam kesederhanaan, juga api aura autentiknya tidak padam di dalam kesejukan kebaratan.

Secara keseluruhannya filem ini adalah ‘tribute’ yang baik dan juga berjaya menekankan identiti tersendiri – mampu menjadi pintu gerbang untuk menarik minat generasi baharu untuk menghargai karya asal bertahap lagenda ini.

“Next time, don’t send rabbits to hunt a fox”

Saksikan Ghost in the Shell di pawagam sekarang.

Rating: 8/10

Ditulis oleh: Syafiq Ghazali - panel penulis tetap Movie Addict

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Tonton Two Sisters atau wang dikembalikan jika penonton tak berpuas hati

Hannah Delisha Keguguran, Tabah Mengharungi Ujian Kehilangan dengan Semangat Ramadan

Black Mirror: Bandersnatch (No Spoiler Review)

BEKAS PEMAIN DRAM SLIPKNOT MENINGGAL DUNIA

Kartunis Aie (Blues Untuk Aku) meninggal dunia [TAKZIAH]

"Duit Raya RM3 Je? Ini Bukan Zaman 90'an!", Netizen Tegur Ibu bapa Guna Anak Untuk Dapat Duit Raya Banyak