Ulasan filem DREDD arahan Pete Travis (edaran GSC movies)

Laporan selepas press screening pagi tadi : THAT WAS ONE BRILLIANTLY VIOLENT COMIC BOOK MOVIE!

Ramai fanboys Stallone suka Dredd Stallone. Saya tak boleh nak kata apa. Stallone cuma jadi Dredd utk 10 minit je, lepas dia bukak helmet, dia jadi Rambo balik dan bermulalah segala klise yg ada pada filem² Stallone sebelumnya. Dredd 2012 benar² mengkaji watak Dredd yang pembaca komiknya kenali. Filem ni pada saya cuma pengenalan saja. Keberjayaan Dredd 2012 sebenarnya boleh membuka peluang lebih banyak plot yang menarik seperti yang berkait dengan Dark Judges (yang saya tau bakal muncul bila dibuat sequel nanti). Boleh kata serba-serbi saya suka pasal Dredd 2012 dari segi ultra violence-nya hingga kepada lawak deadpan-nya. Mereka yang komplen pasal kostum dan mahukan lebih spandex boleh duduk dalam basement sambil melayan VHS Dredd Stallone semula. This is the real deal. Pada kahalayak yang follow komik Dredd, Dredd 1995 ialah the nipple erected Batman & Robin movie manakakala Dredd 2012 ialah Batman Begins.



Sebelum saya jawab, dah tengok The Raid belum? Sebab saya akan jawab pada angle orang yang belum tengok The Raid (saja tahan dari tengok The Raid supaya lebih adil pada filem Dredd ni).

Pada saya best lah. Kalau banding dengan zaman Stallone dulu, lebih ganas dan lebih British feel dia. Tak boleh miss satu saat pun dari tengok Dredd dengan watak lain sebab dari situ kita dapat study watak dia. Yang dah baca komik dia mungkin senang faham.

Cuma pada plot tu, saya rasa Dredd ni ada kes malang sikit la sebab cerita raid tempat dadah dia mungkin akan dibandingkan dengan The Raid. Idea Dredd datang dulu tapi sebab nak sempurnakan special effects semua dan nak dekat dengan source material supaya tak jadi macam kes filem Dredd zaman Stallone yang fail tu, ia ambil masa yang lama. The Raid yang shooting lepas Dredd tengah post production, cuma ambik masa tiga bulan untuk siap dan keluar lebih awal.

Dialog dia tak banyak but that was the key point sebab Dredd dalam komik tak banyak cakap sangat sampai terkeluarlah lawak deadpan. Filem baru ni ada mutant, tapi balik pada source material memang ada mutant pun dalam komik Dredd.

Score filem dia buat aku teringat zaman OST Spawn. Soudntrack je pasal aku dah lupa filem Spawn tu.

 Tak taulah potong banyak mana, versi yang tengok wayang ni pun dah gore gila. Apa saja pasal Stallone atau spandex kena buang jauh-jauh.

 Walaupun nampak sama macam The Raid, tapi fokus dia tetap pada Dredd sebab aku tengok filem ni untuk lihat justifikasi dia pada watak Dredd yang dulu pernah dibaca dalam komik BUKAN macam yang orang ingat Dredd tu ialah Stallone (ada juga orang ingat macam tu sebenarnya).



Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Syasya Dolla Kahwin Hari Ini, Tamatkan Spekulasi Pengunduran Dari Dolla

From Saga With Love, sebuah drama rom-com tempatan lakonan Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Fimie Don dan Ikmal Amry

“Ramai Cuba Mendekati, Maaf Saya Belum Sedia,” – Sophia Albarakbah

Hannah Delisha Keguguran, Tabah Mengharungi Ujian Kehilangan dengan Semangat Ramadan

Jendela Hati - Drama Adaptasi Novel yang Menyentuh Hati, Kini di VIU