Telemovie INSAN TERPILIH berdasarkan kisah benar (Cerekarama TV3): Ramai penonton mengalir air mata...

Semalam di slot Cerekarama TV3 telah ditayangkan telemovie Insan Terpilih berdasarkan kisah benar yang membuatkan ramai penonton mengalir airmata. Ia mengisahkan tentang Firdaus yang digelar sebagai orang gila dan busuk oleh orang kampung tetapi, dia rajin. Ustaz Zaki kagum dengan Firdaus kerana akhlaknya lebih mulia berbanding dengan orang yang cukup sifat akalnya. Lakonan cemerlang Syazwan Zulkifly.

APA KATA PENONTON:

"Drama mengajak, orang yang malas pi sembahyang berjemaah..terbaik semoga dipermudahkan dunia dan akhirat." - Zainudin Zainudin

"Walaupun aku tak tengok cite ni, tapi kisah Husin Gile tu memang pernah aku baca, ayat arwah paling padu dia cakap " aku orang gila, mane boleh solat, kau orang tak gila, pegilah solat", walaupun arwah gila, tapi tak pernah ihsan terhadap masjid arwah lupakan, sehinggakan taik cicak arwah kutip satu satu.." - Akmalnovich

"Penulis skrip yg bagus. Banyak memuji Allah dan yakin dengan kuasa Allah. ALLAH MAHA KUASA..
MAKHLUK TIADA KUASA.." - Mohd Rizalman Nor

"Based on true story yang pernah trjadi di negara kite tak lama dulu. Aku ingat lagi kisahnya. Memang sedih. Orang yang tak siuman lagi mulia hatinya daripada org normal." - Sheikh Luqman

"Sedih time dia lambai2 gambar Kaabah dan minta cicak jgn berak kt surau tu lg.. Part leman gurau ngn daus kt gerai tu nmpk cm btul2 pny ikhlas. Xde nmpk berlakon. Aku plak rase yg tu bkn apek juvana ngn nazmi, tp mmg si daus ngn leman. Tahniah team Insan Terpilih.. Kepada arwah Hussien (based on kisah dia kn..) terima kasih sbb membuka mata semua org. Semoga Arwah ditempatkan di syurga yg dia cari.. Amin.." - Siti Norulhafidzah

JUDUL : INSAN TERPILIH
WAKTU SIARAN : Sabtu, 7 September 2019, 9:30 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENULIS SKRIP : Yati Chung
PENGARAH : Nazir Jamaluddin
PRODUKSI : Aniq Communication Sdn Bhd
PELAKON :  Syazwan Zulkifly, Jay Iswazir, Zara Zya, Fadhil Dani, Liza Othman, Jeff Hassan

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Tonton Two Sisters atau wang dikembalikan jika penonton tak berpuas hati

Hannah Delisha Keguguran, Tabah Mengharungi Ujian Kehilangan dengan Semangat Ramadan

Black Mirror: Bandersnatch (No Spoiler Review)

BEKAS PEMAIN DRAM SLIPKNOT MENINGGAL DUNIA

Kartunis Aie (Blues Untuk Aku) meninggal dunia [TAKZIAH]

"Duit Raya RM3 Je? Ini Bukan Zaman 90'an!", Netizen Tegur Ibu bapa Guna Anak Untuk Dapat Duit Raya Banyak