CURI IPHONE DI KERETAPI SARONG, NETIZEN DAKWA SUSPEK SAMA PERNAH VIRAL KES CURI RM8.2K DI BUKIT BINTANG

Satu pendedahan dibuat oleh seorang pengguna Threads mengenai kejadian malang yang menimpa sepupunya semasa acara Keretapi Sarong 2025 yang lalu.


Walaupun kejadian sudah lama berlaku, wajah pelaku baru sahaja dikesan dengan jelas menerusi satu rakaman video yang ditemui secara tidak sengaja semasa pengadu sedang mengemas storan telefonnya. Dalam video tersebut, lelaki berkenaan dilihat menggunakan beg galas untuk menutup pergerakan tangannya ketika mencuri iPhone mangsa di tengah kesesakan orang ramai.


Apa yang menarik perhatian, individu yang dirakam itu didakwa adalah orang yang sama pernah tular sebelum ini melibatkan kes kecurian yang bernilai RM8,200 di Bukit Bintang tahun lalu.

Wajah suspek kali ini memang nampak sangat jelas. Pendedahan ini dibuat supaya orang ramai lebih berhati-hati dengan keselamatan barang peribadi, terutamanya jika menghadiri acara besar yang sesak selepas ini.

Sesiapa yang kenal abang dalam video ni, boleh tampil beri maklumat. Jangan bagi dia buat kerja senang lagi!

Kredit: Threads @ariffariffinn



Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Ed Sheeran Beri Kejutan Istimewa di Singapura, Sedia ke Kuala Lumpur. Stadium Nasional Bukit Jalil Sekali Lagi Diuji

The Original Gangster — Syamsul Yusof bakal gegar pawagam lagi?

Ulasan filem FRANKENWEENIE arahan Tim Burton (Walt Disney Studios)

Sunhaji Terima Basikal Elektrik untuk Sokong Perniagaan Es Teh

Nabila Huda Beraksi dalam Siri Terbaru VIU, “ALTER-NARATIF”

SKYWALKERS: A LOVE STORY - A Netflix documentary review