“Ramai Cuba Mendekati, Maaf Saya Belum Sedia,” – Sophia Albarakbah

 Menurut aktres jelita berdarah kacukan Arab, Melayu dan Cina, Sophia Albarakbah, beliau belum sedia membuka pintu hati selepas ikatan cinta dengan jejaka dikenali 'Mr Doktor' sejak tiga tahun lalu, terlerai, baru-baru ini.

Soal kekasih atau jodoh bukanlah topik yang mahu difikirkan sekarang, sebaliknya, usaha memulihkan diri dan karier seni lebih diberi perhatian, jelas beliau.


"Fokus saya adalah 100 peratus untuk diri sendiri dan bekerja. Soal perhubungan, saya belum sedia memulakan apa-apa, bukan dalam fasa mengenali sesiapa pun. Bukan (patah hati), banyak perkara peribadi berlaku. Buat masa ini, saya belum sedia kembali menjalin hubungan (bercinta) dengan sesiapa... Hanya 100 peratus bekerja," tambahnya lagi.


Ada mana-mana jejaka yang cuba mendekatinya selepas putus cinta dengan 'Mr Doktor'?


Sophia tidak menafikannya, namun, hatinya masih perlu dirawat.


"Minta maaf, saya masih belum sedia menjalin hubungan. Patah hati bukan perkara menyeronokkan. Jadi, saya tidak mahu melaluinya lagi... Ia sangat sukar," katanya.


Sophia dan 'Mr Doktor' tidak bersengketa walau putus hubungan. Mereka masih berkawan seperti biasa. 



Sophia ditemui pada sidang media siri terbaharu Viu Original, From Saga With Love. Sophia membawa watak Bianca Rozario, iaitu selebriti yang berhajat untuk beralih kepada bidang penerbitan. Watak Bianca berbeza daripada apa yang pernah dilakonkan dan pengalaman melakukan penggambaran di Saga, iaitu bahagian selatan Pulau Kyushu, Jepun, cukup menyeronokkan. From Saga With Love yang diarah Umi Salwana Omar turut menampilkan Siti Khadijah Halim, Ikmal Amry dan Fimie Don. Drama sepuluh episod yang mengetengahkan genre romantik komedi itu bakal menemui penonton di Viu, mulai esok.






Sumber: Berita Harian

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

From Saga With Love, sebuah drama rom-com tempatan lakonan Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Fimie Don dan Ikmal Amry

Hannah Delisha Keguguran, Tabah Mengharungi Ujian Kehilangan dengan Semangat Ramadan

Instagram Akan Membasmi Followers, Komen dan Likes Palsu

"Bismillah, Assalamualaikum." Daiyan Trisha sudah mula berhijab?

Filem QUEEN OF LANGKASUKA yang memaparkan kesultanan Melayu lama

[TELEFILEM] Rock Sangkut, lakonan Along Cham, Joey, Hazama