Empat Tahun Uqasha Senrose Pertahankan Rumahtangga, Anggap Kamal Adli Sia-siakan Peluang Untuk Berubah

KUALA LUMPUR – Pelakon Uqasha Senrose memaklumkan bahawa beliau sudah berusaha mempertahankan perkahwinan selama empat tahun, namun suaminya, Kamal Adli, tetap tidak berubah. Uqasha berkata, semua peluang yang diberikan disia-siakan, menyebabkan beliau akhirnya memfailkan perceraian pada 1 Oktober lalu.



Menurutnya, beliau telah berbincang dengan keluarga Kamal terlebih dahulu dan cuba menyelesaikan masalah rumah tangga tanpa mengaibkan sesiapa, namun tiada perubahan berlaku. Uqasha turut menegaskan keputusan itu dibuat demi keselamatan diri dan anaknya daripada kemudaratan fizikal dan mental.
Pasangan ini difahamkan tidak lagi tinggal sebumbung, dan prosiding di Mahkamah Syariah hari ini menyaksikan kedua-duanya melantik jawatankuasa pendamai. Tarikh seterusnya ditetapkan pada 18 Disember.
Uqasha dan Kamal berkahwin pada November 2021 dan dikurniakan seorang anak perempuan.



Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

The Original Gangster — Syamsul Yusof bakal gegar pawagam lagi?

Ulasan filem FRANKENWEENIE arahan Tim Burton (Walt Disney Studios)

Tanggungjawab Besar Anna Jobling dalam Filem Duyung Legenda Aurora

Rachel Zegler, Bintang Aksi Terbaik? Jangan Buat Lawak!

Kedai 2 Ringgit Eco-Shop Perkenal Eco-Bakery, Kedai Menjual Makanan Roti

Hannah Delisha Keguguran, Tabah Mengharungi Ujian Kehilangan dengan Semangat Ramadan