Akan datang: Filem IMPAK MAKSIMA 2 (2025) arahan Ahmad Idham

Uolls ingat tak dulu zaman lepak mamak sambil borak pasal siapa paling power drift kat bulatan Shah Alam? Sekarang Impak Maksima datang balik, versi baru, nafas baru, tapi masih dengan jiwa enjin dan jalanan.

Impak Maksima 2, arahan Dr Ahmad Idham, akan mula ditayangkan 17 Julai 2025 di pawagam seluruh Malaysia. Yang paling best, line-up dia bukan biasa-biasa — ada Zul Huzaimy, Dato’ Sri Eizlan Yusof, Arfie Shah, Nelissa Nizam, dan ramai lagi. Confirm power.


Kisah dia pasal Rudy, budak drift yang pernah terlibat dengan lumba haram, tapi diberi peluang kedua oleh ASP Maria untuk ubah hidup. Tapi bukan senang. Dia kena kerja bawah Joe, pemilik litar APDCREW Circuit yang ada disiplin tentera. Kat sinilah Rudy kena buktikan dia bukan lagi budak jalanan biasa.

Ai suka cara filem ni blend aksi dengan konflik dalaman. Bukan main gear tukar-tukar je. Ada mesej. Ada semangat. Ada rasa.

Drift pun bukan setakat tayar berasap — shot dia clean, real, rasa macam bau getah sampai ke kerusi penonton. Kalau uolls rindu adrenalin, rindu jiwa jalanan, dan rindu filem aksi Melayu yang betul-betul ada jiwa, ini dia.

Tiket bukan untuk tengok kereta je, tapi untuk sokong karya aksi tempatan yang betul-betul all out.

Jangan tunggu keluar TV. Jumpa kat pawagam. 17 Julai. Siap.

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Bella Astillah dan Syed Saddiq Akhirnya Bertunang

Zizi Kirana dan Yusof Bahrin Selamat Bernikah, Dua Bulan Bercinta Terus Kahwin

Ed Sheeran Beri Kejutan Istimewa di Singapura, Sedia ke Kuala Lumpur. Stadium Nasional Bukit Jalil Sekali Lagi Diuji

Ulasan filem HAUNTED HOTEL: filem yang dirakam di lokasi kematian sebenar di Genting Highland telah mengutip 10 juta kutipan tiket wayang di China!

Ulasan filem Monkey Man

Fazura Maafkan Lan Pet Pet