Abang Koroy KO-kan DMA Islam, Bukti Budak Masscom Pun Boleh Berlawan

Ai chuolls! Kalau ingat boxing tu hanya untuk fighter berotot dan muka ganas je — silap besar! Malam tadi kat The Cage, Lalaport… kita punya Abang Koroy a.k.a Awie MBR bagi satu tumbukan KO kat DMA Islam sampai pusingan ketiga terus tamat, terus boom RM10,000 dalam tangan, siap bonus RM2,000 sebab menang KO. Siapa kata anak seni tak power?


Kita semua ada that one kawan yang mulut dia ligat macam MMA fighter — tapi bila kena tumbuk sikit, terus kalih belakang, lupa semua training. Itulah yang jadi. Sorang masuk gelanggang bawa ego, sorang lagi masuk dengan niat nak settle diam-diam. Bila yang “budak nakal zaman sekolah” naik ring, terus tunjuk beza dengan yang baru belajar shadow boxing tepi tingkap.

Komen netizen pulak? Berubah dari "sifu DMA kami paling power" jadi "mesti match ni staged" — uolls ni kalau Koroy kalah, senyap, tapi bila dia menang, mencanak komen macam pakar tinju certified. 

Orang dok gelak kata lebih lawak dari lawan, siap banding dengan Labu Labi. Ada yang cakap “tumbuk je terus tonggeng offer pungkoq” — jujur, ai pengsan baca. 

Paling padu? "Sebab ni lah Hannah Yeoh tak bagi DMA lawan Koroy" 

Sebenarnya, cerita malam tadi bukan pasal kalah menang je. Tapi pasal sapa yang masuk gelanggang dengan hati keras dan jiwa tak takut kalah. Dan malam tu, Koroy bukan je menang duit — dia menang hormat. Bukan dari fans je, tapi dari haters yang akhirnya terpaksa diam.

DMA? Ai rasa dia akan comeback. Tapi next time maybe jangan banyak sangat live sambil kunyah. Shield tu pun bukan props nak buat content, sayang… masuk ring kena ready, bukan ready content.

Untuk Koroy, ai cakap terus terang: you nailed it. You walk the talk. Anak seni bukan sekadar menari atas pentas… tapi boleh buat pentas tu bergegar kalau kau tahu main langkah.

So siapa next? Jangan banyak sembang. Naik ring dulu.

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Filem Konspirasi: Ditamatkan Tayangan Selepas Seminggu, Raih Kutipan Lebih RM480 Ribu

Drama Rindu Kasih 2 Menyentuh Isu Keluarga dan Masyarakat

Les Enfants, kumpulan rap/hip hop remaja yang tak didendang hari ini malah tenggelam terus...

Dua Lipa Batal Konsert Jakarta Akibat Isu Keselamatan Pentas, Ingat Konsert Dangdut Koplo Ke?

Anuar Zain Sertai Tabligh, Jag Teh Tarik Jadi Tumpuan Netizen

Drama bersiri Cukup Derita itu bakal disambung untuk musim kedua, Jasmin Hamid muat naik hantaran di Instagram.