Ulasan filem THE BEEKEEPER: Jason Statham Mendebik Budak Kripto

Dah macam-macam kerja Jason Statham buat. Kali ini beliau menjadi penternak lebah dalam filem THE BEEKEEPER. Filem arahan David Ayer (Fury, Suicide Squad) ini akan datang ke pawagam 18 Januari Ini edaran Encore Films Malaysia dan Warner Bros. Pictures.

Biasanya aku suka buat review sebaik sahaja habis tengok filem, masa tu masih bersemangat. Tapi filem ni aku dah tengok dua minggu lepas, tapi tak sempat nak buat review masa tu. Tapi takpe, aku tetap nak buat review hari ni sebab aku tak boleh lupakan filem ni. Aku rasa ini filem paling best untuk genre Vengeance Action Thriller, malah aku rasa filem paling best yang aku tengok dari tahun 2023 hingga awal 2024.

Kalau nak bandingkan dengan filem-filem Vengeance yang lain yang best giler (ikut pendapat aku la), macam John Wick (filem pertama) dan The Equalizer (filem pertama), aku rasa filem The Beekeeper ni lagi power dan lagi mantap. Ini memang genre filem yang sesuai dengan Jason Statham, dia memang pandai berlakon macam orang gila. Kali ni dia dapat pula jalan cerita yang menarik, jadi filem ni memang meletup habis.


Untuk genre filem macam ni, satu je yang penting bagi aku, iaitu kepuasan. Kepuasan bila tengok hero balas dendam kat semua penjahat yang buat dia susah. Dan filem ni memang buat aku puas hati dari mula sampai habis. Kalau nak bandingkan dengan filem yang sama genre tahun lepas, iaitu Silent Night arahan John Woo, aku rasa filem tu tak cukup umph. Jadi, aku nak ucapkan tahniah kepada pengarah filem The Beekeeper ni, David Ayer, yang berjaya buat filem yang pada aku sangat bagus.

Personal Rating : 9-10/10

Verdict : Tak tengok rugi

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Tonton Two Sisters atau wang dikembalikan jika penonton tak berpuas hati

Hannah Delisha Keguguran, Tabah Mengharungi Ujian Kehilangan dengan Semangat Ramadan

Munafik versi Hollywood tapi A24 lah ye... : Ulasan filem FIRST REFORMED

Black Mirror: Bandersnatch (No Spoiler Review)

BEKAS PEMAIN DRAM SLIPKNOT MENINGGAL DUNIA

Wany Hasrita Akan Kahwin, Tak Ada Hal Tapi Calonnya Kena Baiklah...