Ben Ali dan Nadiyah Shahab diangkat individu paling berjaya di Malaysia oleh jurnal British, netizen tak puas hati

Arakian, pasangan pelakon Ben Ali dan Nadiyah Shahab yang merupakan pengusaha Absolut Chocolate meluahkan rasa syukur nikmat Alhamdulillah ibarat lagu Too Phat dan Normadiah tatkala diiktiraf sebagai di antara individu paling berjaya di Malaysia oleh sebuah syarikat penerbitan berpangkalan di United Kingdom, Britishpedia.

Syahadan, menerusi jurnal tersebut, Ben dan Nadiyah diletakkan seangkatan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Tan Sri Tony Fernandes.

Walaubagaimanapun dupa cendana ia tidak dikongsi rasa oleh netizen waima tentera bawang yang mempertikaikan pemilihan ini dan merasakan nama-nama lain seperti Ustaz Ebit Liew, Neelofa dan Uncle Kentang lebih berjaya. 

Antara komen-komen netizen:

"Memanglah berjaya, kek harga 20 riggit dia jual sampai 70-80 ringgit. Memang sedap kek susu dan coklat. Tapi sedap macam tu boleh dapat lagi murah. Heheheh."

"Kek salted egg rasa kaya pastu claim salted egg, hmmmmm..... Kenapa eh? Sorry lah aku sorang je ke tak minat kek dia. First and last beli."

"Jual kek yang masih tak terkenal pun, sebaris dengan tokoh ternama lain? Ada keraguan di sini."

"Untuk diletakkan dengan individu berjaya dan berpengaruh ni rasanya masih tak layak lagi kot. Tak berdengki. Kagum tengok diorang berdua berjaya dalam bisnes, tahniah! Cuma untuk diletakkan sebaris dengan tokoh² besar ini rasanya masih tak layak! Tapi aku suka bisnes yang macam ni, takde la kaya sebab jual produk timbang kilo, produk overclaimed boleh sembuhkan banyak penyakit, jual supplement bagi putih, jual jamu ketat dan besarkan segala benda dengan foundernya macam jalang! Lepas tu bangga aku kaya. Kek dia jual mahal tu terpulang kepada citarasa dan duit yg kita ada!"

"Tak ada maknanya. Ebit Lew yang paling terbaik pernah aku jumpa. Patut bagi pengiktirafan atas pengorbanan beliau."

Ada juga yang mencadangkan nama Lando Zawawi tetapi di balas: "WUUTOOOHHH!"


Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Tonton Two Sisters atau wang dikembalikan jika penonton tak berpuas hati

"Duit Raya RM3 Je? Ini Bukan Zaman 90'an!", Netizen Tegur Ibu bapa Guna Anak Untuk Dapat Duit Raya Banyak

From Saga With Love, sebuah drama rom-com tempatan lakonan Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Fimie Don dan Ikmal Amry

Hannah Delisha Keguguran, Tabah Mengharungi Ujian Kehilangan dengan Semangat Ramadan

DRAGON FORCE : THE RISE OF ULTRAMAN, CHINA DAN MENIRU BERPISAH TIADA

Black Mirror: Bandersnatch (No Spoiler Review)