[THROWBACK] Lakonan itu bukan jiwa Wany Hasrita

17 September 2019: Penyanyi, Wany Hasrita mengakui, dia pernah menghadapi tekanan emosi kerana membintangi sebuah telefilem yang disiarkan musim Syawal lalu. Wany berkata, walaupun dia melakonkan wataknya sendiri, dia menyedari bahawa lakonan bukanlah jiwanya kerana selama seminggu penggambaran drama itu, dia tidak keruan. 

“Saya memberi salutasi kepada pelakon yang dapat berkonsentrasi sepenuhnya selama berhari-hari di set penggambaran. Lebih mengejutkan saya, mereka dapat menghidupkan watak tanpa menghadapi masalah," katanya pada Berita Harian. 

"Ketika saya melalui pengalaman sendiri ketika berada di lokasi penggambaran, saya baru tahu, lakonan sebenarnya tidak mudah. ​​Ia menuntut kesabaran dan semangat yang tinggi. Selama seminggu penggambaran, saya menjadi bingung, walaupun saya bawa watak sendiri. Mungkin kerana itu tidak normal, keadaan sedikit sebanyak mempengaruhi emosi," katanya. 

Penyanyi yang popular dengan lagu Menahan Rindu itu berkata, hatinya tergerak untuk menceburkan diri dalam dunia lakonan setelah mendengar pengalaman beberapa rakannya seperti Amira Othman. "Saya kagum kerana Amira berani membawa watak yang berat dan banyak bermain dengan emosi. Mungkin kerana lakonan bukan jiwa saya, emosi saya sangat tidak menentu. Beri saya sedikit masa untuk mencari kekuatan sebelum kembali berlakon," katanya. 



Wany berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single duet dengan Datuk Jamal Abdillah, Belenggu Rindu, baru-baru ini.




Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

AJL40: SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-40, K.O.I. Dinobatkan Juara Dengan Lagu Tiwikarma

AJL40: Ini Ramalan Neelofa

CEKODOK! Kapsyen 'Bakal Isteri Tolong Sediakan Sarapan' Cetus Perdebatan Hangat di Threads

HERO REMAJA 2021: Program Baru Astro Ria Perkenal 12 Finalis dan Juri Tetap, Scha Alyahya dan Rosyam Nor Digandingkan Sebagai Hos

Ulasan filem SNOW WHITE (Disney+) jika diulas oleh Janna Nick

Aliff Aziz dan Uqasha Senrose Digandingkan dalam Madu Atau Racun, Bukan Strategi Sensasi