"Bismillah... ": Hannah Delisha sudah bersedia untuk bertudung sepenuhnya

Pelakon cantik Hannah Delisha memuat naik foto terbaru dengan kapsyen "Bismillah" menjadi tanda tanya buat peminat adakah beliau telah mengambil keputusan untuk berhijrah dengan penampilan bertudung? 

Pengikut dan teman artis menyambut baik keputusan dilakukan pelakon yang mencipta fenomena menerusi drama Mencintaimu Mr Photographer itu.

Ini diikuti dengan foto kedua dengan kata-kata indah yang mana beliau menitip rasa terima kasihnya atas doa dari semua peminat dan rakan-rakan di atas penghijrahannya. 




Thank you all for your kind dua’a. 
My dua’a, may Allah bless you with endless happiness and keep us steadfast on the path of Imaan.🤲🏻🤍

Antara rakan-rakan artis yang memberi sokongan ialah Lisa Surihani, Daiyan Trisya, Mawar Rashid, Elisya Sandha, Raysha Rizrose dan ramai lagi. 

Foto Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch bertudung dengan kapsyen bertulis Bismillah mendapat pujian ramai, malah lebih 200,000 tanda suka, semalam.



"Saya hanya menunaikan tanggungjawab kepada Allah SWT. Dalam hidup, kena sentiasa berubah dan memperbaiki kekurangan diri." - Hannah Delisha

Walaupun sebelum ini pernah bertudung dalam drama lakonannya, ini kali pertama beliau berhasrat bertudung dengan serius dan penuh keikhlasan kerana tanggungjawab kepada Allah.

Hannah menafikan beliau bertudung kerana ingin berkahwin.






Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Bidaah Episode 16: Akhir Alternatif yang Mengejutkan

Menu Santapan Diraja Bagi Majlis Perkahwinan Putera Mateen dan Dayang Anisha Viral di Internet, Lagu Man Bai Jadi Perhatian

12 LAGU YANG TAK BOLEH KALAH DI ANUGERAH JUARA LAGU KE-38

Dilema Suami Muda: Jatuh Hati Pada Orang Lain Ketika Isteri Sedang Hamil - Tanya Pakar

[TELEFILEM] Rock Sangkut, lakonan Along Cham, Joey, Hazama

Ulasan Filem The First Omen (edaran 20th Century Studios)