Mira Filzah sahut cabaran bawa dua watak dalam Bidadari Kiriman Tuhan

Mira Filzah sahut cabaran bawa dua watak, gandingan kali pertama bersama Zul Ariffin selaku teraju utama di Astro Ria untuk siaran bermula Ogos ini

Terbaharu menerusi slot Megadrama, drama bersiri berjudul ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ bakal ditayangkan secara eksklusif pada 25 Ogos 2020 di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. Lebih menarik lagi, para penonton juga bakal disajikan dengan dua buah episod secara berturut-turut sempena tayangan perdana yang akan bermula pada malam ini.


Drama bersiri ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ merupakan sebuah naskah asal yang mengangkat genre romantik dan kisah masalah rumahtangga hasil kerjasama pihak Astro Ria dan syarikat produksi Opera Klasik Sdn. Bhd. Drama 25 episod ini diarahkan oleh sutradara tersohor Rashid Sibir yang turut bertindak selaku penulis skrip. Drama ini turut menampilkan pasangan Mira Filzah dan Zul Ariffin yang digandingkan buat kali pertama selaku selaku teraju utama. Selain mereka berdua, pelakon lain yang turut menjayakan drama ini termasuklah Adlin Aman Ramlie, Zarina Zainuddin, Ruminah Sidek dan Fauziah Nawi.

Drama ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ mengisahkan tentang perjalanan hidup Manis (lakonan Mira Filzah), seorang guru tadika yang berusia 25 tahun dan kembar seirasnya, Manja (lakonan Mira Filzah) yang agak lembam. Manis dan Manja hidup bersama mak (lakonan Zarina Zainuddin) dan nenek (lakonan Mak Mah) mereka yang sakit. Pelbagai dugaan dan tanggungjawab yang dipikul oleh Manis, namun dia tidak pernah mengeluh. Sehinggalah Manis jatuh hati pada seorang guru sekolah rendah bernama Yusuf (lakonan Zul Ariffin), hubungan adik beradik itu mula tergugat.



Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Bella Astillah dan Syed Saddiq Akhirnya Bertunang

Zizi Kirana dan Yusof Bahrin Selamat Bernikah, Dua Bulan Bercinta Terus Kahwin

Cadangan Tukar Nama UPM kepada Universiti Pertanian Malaysia Tidak Diperkenan Sultan Selangor

BERBAHAGI SUAMI - Drama Bersiri Konflik rumahtangga dan rahsia masa silam

Fazura Maafkan Lan Pet Pet

Ed Sheeran Beri Kejutan Istimewa di Singapura, Sedia ke Kuala Lumpur. Stadium Nasional Bukit Jalil Sekali Lagi Diuji