LUBNAN HARAMKAN FILEM WONDER WOMAN LAKONAN WARGA ISRAEL YAHUDI LAKNATULLAH DAN BEKAS ASKAR ZIONIS, GAL GADOT

1. Sebelum ini Kementerian Ekonomi Lubnan digesa mengharamkan filem terbaru keluaran Warner Bros iaitu Wonder Woman, sebuah adaptasi dari watak DC Comics yang dibintangi Gal Gadot.
2. Gal Gadot ialah warga Israel. Lubnan memang diketahui menentang Israel termasuklah memboikot produk keluaran Israel selain melarang rakyatnya memasuki negara itu.
3. Krisis Israel - Lubnan pernah berlaku yang menyaksikan Perang Lubnan 2006 juga dikenali sebagai Perang Israel-Hezbollah 2006 dan di Lubnan sebagai Perang Julai dan di Israel sebagai Perang Lubnan Kedua. Ianya satu konflik bersenjata selama 34 hari di Lubnan dan utara Israel. Pihak bersengketa utama adalah pejuang Hezbollah dan tentera Israel. Konflik bermula pada 12 Julai 2006, dan berlanjutan sehingga satu gencatan senjata yang ditaja oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu berkuatkuasa pada pagi 14 Ogos 2006, meskipun ia secara rasminya berakhir pada 8 September 2006 apabila Israel menarik balik sekatan laut ke atas Lubnan.Alasan Israel menyerang Palestin dan Lubnan kononnya mencari 2 tenteranya yang ditawan oleh Palestin.
4. Sebelum ini akhbar The Daily Star melaporkan, kementerian itu sedang melihat ‘mana-mana yang perlu’ untuk memastikan filem tersebut tidak ditayangkan di negara mereka.
5. Gal Gadot pernah berkidmat dengan tentera IDF  Israel dengan pangkat sarjan selain turut menyatakan sokongan kepada pasukan keselamatan itu yang mengetuai serangan ketenteraan terhadap Gaza. Dia juga pernah dimahkotakan sebagai Miss Israel 2004 ketika berusia 18 tahun.
6. Sebelum pengharaman juga, sebuah kumpulan aktivis bernama Campaign to Boycott Supporters of Israel – Lebanon telah melobi pengharaman ini kerana penglibatan Gal Gadot sebagai pelakon utama yang terang-terangan menyokong dasar perang Israel.
7. Ironinya, watak Wonder Woman lakonan Gadot ialah agen keamanan di mana dia muncul untuk menghentikan Perang Dunia Kedua yang pernah melanda dunia abad lalu.
8. Pengharaman ini berkuatkuasa beberapa jam selepas tayangan perdana Wonder Woman di Lubnan pada malam Selasa yang lalu.
9. Menurut majalah Variety, kumpulan Campaign to Boycott Supporters of Israel – Lebanon pernah melobi kementerian untuk mengharamkan filem Batman v Superman: Dawn of Justice yang juga lakonan Gadot tetapi tidak berjaya. Filem-filem lain lakonan Gadot sebelum ini seperti Fast & Furious 6, Furious 7 dan Triple 9 pernah ditayangkan di Lubban dan pernah box-office.
10. Filem Wonder Woman telah mendapat ulasan yang positif di laman web Rotten Tomatoes (97% setakat ini) tetapi menurut seorang pengkritik di grup filem Facebook Movie Addict bernama Billy Tio, markah ini agak keterlaluan dan 'overrated' walaupun dia ada memberi pujian yang agak melebih juga (boleh baca di http://filmsucker.blogspot.com/2017/05/ulasan-filem-wonder-woman-oleh-billy.html).

----------------------------------

Wonder Woman, filem adaptasi watak DC Comics ini akan mula tayang di pawagam seluruh negara pada 1 Jun 2017 edaran Warner Bros. Pictures.

Trailer : https://youtu.be/1Q8fG0TtVAY

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Syasya Dolla Kahwin Hari Ini, Tamatkan Spekulasi Pengunduran Dari Dolla

Hannah Delisha Keguguran, Tabah Mengharungi Ujian Kehilangan dengan Semangat Ramadan

Ulasan Filem The First Omen (edaran 20th Century Studios)

Jendela Hati - Drama Adaptasi Novel yang Menyentuh Hati, Kini di VIU

TAHUKAH ANDA: FILEM MIIMALAND LAKONAN FATTAH AMIN MAMPU KALAHKAN RATING FILEM AVENGERS: ENDGAME DI ROTTEN TOMATOES

PENYANYI SALEEM IKLIM MENINGGAL DUNIA