Di Sebalik Kesederhanaan Humblebrag Vivy Yusof

Dahulu kala, andai kata Hermes Birkin itu ada suatu rupa yang disanjung tinggi. Ah, harganya sungguh mahal tiada terkira.

Teringat hamba akan masa dahulu di mana ramai belia bercita-cita mahu menyerupai sosok seperti Puan Vivy Yusof, yang tersenarai dalam kalangan "30 under 30" pada tahun 2017, suatu penghargaan buat anak-anak muda yang dianggap telah mencapai kejayaan.

Sahabat-sahabat hamba pun ada yang berjaya dan berharta, membina perniagaan dari dasar dengan penuh kesungguhan, malah ada yang lebih mewah dari Puan Vivy sendiri, namun tetap bersikap sederhana. Tiada mereka memerlukan barang yang terlalu mahal, tiada pula mereka mempamerkan kekayaan di persada sosial.

Barangkali inilah yang disebut sebagai kesederhanaan berbalut kemegahan tersirat; menjual pakaian sopan untuk Muslimah, kata-kata penuh adab, namun tidak segan mempamerkan tas tangan bernilai enam angka.

Harga tas tangan itu cukup untuk membeli sebidang rumah yang aman, tempat lena dan berteduh.

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Penantian Bakal Berakhir: Syamsul Yusof Selesai Suntingan 'OG' & 'Khawarij' Hujung Tahun Ini

Ulasan Filem: Dongeng Sang Kancil

Ejen Ali Melangkah Ke Pentas Menerusi ‘Ejen Ali In Concert’

Ulasan Drama Bersiri VIU: Bidaah (Episod 1)

Bagaimana Pat Smear Menyertai Nirvana?

Drama Bersiri: MAIN API lakonan Luna Maya (WeTV Original) dalam Lensa Budaya dan Adab Nusantara