The Malaysian Book of Records : Perhimpunan Cosplay Naruto Terbesar di Malaysia

6 November 2015 - Minggu lalu di panggung GSC Mid Valley, sempena tayangan premiere filem Boruto: Naruto The Movie edaran GSC Movies, telah berlangsung perhimpunan para peminat siri manga dan anime popular Naruto di mana perhimpunan ini telah mencipta sejarah sebagai yang teramai dengn mengenakan kostum Naruto. Selain itu, pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan seperti kuiz di mana pemenang telah membawa pulang pelbagai hadiah menarik seperti poster bertandatangan.

Filem animasi terbaru Naruto ini mengisahkan tentang Boruto Uzumaki yang merupakan anak kepada Naruto Uzumaki, generasi ke-7 Hokage dari Hidden Leaf Village. Selepas mendengar cerita mengenai tindakan hero Naruto, Boruto bercita-cita untuk mengatasi bapanya. Boruto kemudian bertemu dengan rakan bapanya, Sasuke Uchiha, dan meminta agar melatihnya untuk menyertai peperiksaan Chunin bersama-sama Sarada Uchiha dan Mitsuki. Filem telah mula ditayangkan di seluruh pawagam yang terpilih mulai 5 November 2015. Lawati Facebook www.facebook.com/gscmovies untuk senarai pawagam yang menayangkan filem ini.

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Bella Astillah dan Syed Saddiq Akhirnya Bertunang

Neelofa dan Nabil Dikecam Netizen: Nasihat Kontroversi dalam Isu Keluarga Pemanggil Radio

Jalil Hamid Meninggal Dunia

Pelajar Sekolah Wajib Pakai Lencana Jalur Gemilang Mulai 21 April

DON'T STOP BELIEVIN'! BIOPIK KUMPULAN JOURNEY DARI PENGARAH CRAZY RICH ASIANS BAKAL DIHASILKAN!

Dato' Seri Vida Cemas Empat Bulan Tak Datang Haid, Apa Reaksi Netizen?