PELAKON BAHARUDDIN OMAR MENINGGAL DUNIA

Pelakon veteran, Dato' Baharuddin Haji Omar telah kembali ke rahmatullah. Allahyarham yang berusia 85 tahun menghembuskan nafas terakhir akibat sesak nafas di kediamannya di Shah Alam, dekat sini, kira-kira jam 6.30 petang tadi.

Allahyarham terkenal dengan watak Anjang Aki, siri drama popular terbitan RTM tahun 1981. Allahyarham dipilih untuk berlakon dalam drama bersiri bertajuk "Anjang Aki" yang ditulis oleh Abdul Mutalib Hassan dan diterbitkan oleh RTM di bawah arahan dan terbitan Aziz Abbas. Drama itu berterusan sehingga beberapa musim dan semenjak itu juga nama Allahyarham begitu sinonim dengan gelaran Anjang Aki. 

Antara filem lain lakonan Allahyarham ialah Jogho, Buai Laju Laju, Sejati, Harry Boy, Dia Ibuku, Kisah Seorang Biduan, Darah Satria, Irisan-Irisan Hati, Abang dan Ali Setan II. Allahyarham juga merupakan mantan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN).

Salam takziah buat keluarga Allahyarham.


#pelakon 
#pelakonveteran 
#seniman 
#artis 
#anjangaki

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Zizi Kirana dan Yusof Bahrin Selamat Bernikah, Dua Bulan Bercinta Terus Kahwin

Ed Sheeran Beri Kejutan Istimewa di Singapura, Sedia ke Kuala Lumpur. Stadium Nasional Bukit Jalil Sekali Lagi Diuji

Ippo Hafiz Fail Tuntutan Nusyuz, Isteri Tidak Pulang Sejak November

Ulasan Filem: Conclave (2024)

Cadangan Tukar Nama UPM kepada Universiti Pertanian Malaysia Tidak Diperkenan Sultan Selangor

BERBAHAGI SUAMI - Drama Bersiri Konflik rumahtangga dan rahsia masa silam