Posts

Word of the Day: CIRIT

Image
"Semalam dia makan julap. Hari ni dia berak-berak" - Aziz Sattar

Kartunis Aie (Blues Untuk Aku) meninggal dunia [TAKZIAH]

Image
Mendapat perkhabaran duka di mana Kartunis Aie telah meninggal dunia sebentar tadi. Semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang beriman. Kita sedekah kan pahala bacaan al-fatihah kepada arwah. Aie atau nama sebenarnya,  Shaari bin Sulong dilahirkan di Kuala Lumpur pada 24 Februari 1973. Dibesarkan di Segamat dan Kluang, Johor sebelum menamatkan tingkatan 5 di Kuantan, Pahang. Kerjaya awal Allahyarham sebagai kartunis bermula di majalah Jenakarama, diikuti majalah Kartun Disney ‘Mickey” (edisi bahasa Melayu),Ujang, Starz, Utopia, G3, Jom, Boboi dan Gila-Gila. Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai animator bagi animasi Usop Sontorian terbitan Kharisma Picture pada tahun 1993 selain turut terlibat dalam voice-over untuk animasi Usop Sontorian bagi watak Singh dan Arba. Karya yang terhasil disepanjang tempoh matang tesebut antaranya: Intan Syahidah, Koma, Abe, Toyon, Pak Andak, Aku Hidup Dalam Blues, Blues Untuk Aku, Love Ville, Whor...

HATIMU SEDINGIN SALJU lakonan Hisyam Hamid, Aprena Rose dan Hafeez Mikail - SINOPSIS LENGKAP

Image
Hatimu Sedingin Salju mula ditayangkan pada hari ini, jam 7 malam di TV3 lakonan mantap Hisyam Hamid sebagai Arman, Aprena Rose sebagai Rania dan Hafeez Mikail sebagai Nabil.  Sinopsis Drama Hatimu Sedingin Salju Arman tidak pernah memikirkan soal cinta kerana mementingkan urusan perniagaan diwarisi daripada ayahnya, Datuk Jamal sekaligus membuatkan ibu bapanya resah berikutan umurnya yang semakin meningkat.  Suatu hari, adik Arman, Nabil mendesak Arman menemaninya bercuti ke sebuah pusat peranginan di Langkawi untuk menyambut hari jadinya.  Seperti biasa Arman menolak tetapi selepas kalah dalam pertaruhan dengan Nabil, Arman terpaksa mengikut Nabil dengan syarat tidak lebih dua hari. Arman bertolak ke pusat peranginan tersebut bersama Nabil tanpa mengetahui muslihat Nabil dan ibu bapanya untuk menemukan Arman dan calon isterinya, Rania yang juga rakan baik kepada ibu bapa Arman yang bercuti di tempat yang sama.  Tanpa Nabil ketahui bahawa Rania sebenarny...

Dihina mandul, Siti Elizad buat laporan polis terhadap 'Zain Rashdan'

Image
Pelakon popular Siti Elizad sedih dan kecewa apabila dihina dan dikatakan mandul oleh seorang pengguna laman sosial yang menggunakan akaun Zain Rashdan. Menurut Siti Elizad, dia nekad memfailkan laporan di Balai Polis Bukit Jalil kerana tuduhan tersebut telah melukakan hatinya sebagai seorang wanita dan isteri. Buat Zain Rashdan, kau tengah popular sekarang. Bertabahlah. Pelakon Siti Elizad dah pasang lawyer, kes kedua pakcik bawang selepas mohd najib RitRud. Be strong, Siti Elizad. Sama-sama kita doakan semoga dapat balasan untuk orang ni. Kita doakan saja zain rashdan ni mati pucuk.

Uyaina Arshad mohon maaf guna lagu berlirik lucah di Instagram

Image
Asal boleh je kau ye?  Kurang faham dengan lirik lucah dan kuranh sopan sebuah lagu Touch It nyanyian Busta Rhymes, Uyaina Arshad memohon maaf kerana menggunakan muzik lagu tersebut dalam sebuah video Instagram. Arakuian Uyaina mengakui kesilapannya sebab tidak cakna terlebih dulu akan lirik dalam bahasa Inggeris itu sewaktu menggunakannya dalam sebuah video itu sebelum ditegur mengenainya, hanya sebab sedap didengar. Main letak je lagu. Kalau pakai t-shirt Nirvana tanya tiga lagu, confirm tak dapat jawab.  "Saya tidak sengaja menggunakan lagu itu untuk video saya di Instagram. Saya tak perasan lirik lagu itu. Apa-apa pun, saya minta maaf." "Saya gunakan lagu itu sebagai muzik latar video berkenaan tanpa memahami lirik. Pertama kali dengar, betul-betul ingat ia bukan dalam bahasa Inggeris kerana sebutannya agak aneh," katanya. Terkini, Uyaina membintangi drama bersiri Love, Elsa di saluran Astro Ria.  Sumber: Kosmo & Harian Metro

Ulasan filem Fatherhood lakonan Kevin Hart (Netflix, 2021)

Image
Aku agak terkejut tengok tunjang utama adalah Kevin Hart, seorang comedian membawa watak serius. A very very good movie. Storyline as expected. Biasa saja. Bila tengok movie ini, aku teringat satu lagi movie lakonan Chris Evans iatu tajuk Gifted. Seakan ada persamaan aku rasa dan lihat. Sedikit berbeza adalah dari budaya latarbelakang. Fatherhood keluarga kulit hitam Amerika. You can feel the vibe. Aku puji movie dia punya soundtrack. Lagu-lagu dia best. More country. Walaupun ia memfokus kepada elemen father figure, aku suka tema femenisme diselitkan iatu perempuan tak semestinya kena pakai skirt.  Last scene yang Kevin Heart pakai skirt tue, aku nak versi yang lebih panjang. Bukan apa, his comedian characteristics terselah ketika dia mula menari tue. Rating:7/10 Ulasan oleh Fadzul Iqram @ grup Facebook Movie Addict 

JUSTIFY YOUR SHITTY TASTE: MENDAM BERAHI (2002) arahan Z Lokman

Image
Pengalaman berlakon filem Mendam Berahi menurut Dato' Eizlan Yusof (terkini beliau berlakon dalam filem Paskal): Selama hampir dua tahun aku 'tumbang' akibat dari kegawatan ekonomi yang melanda negara dan pada masa gawat inilah hampir sebahagian besar daripada artis-artis tanahair mengambil keputusan untuk membuka gerai-gerai makan* (laku jugalah jualan aku tengok). Aku buka jugalah tetapi guna nama aje sebab arwah adik aku yang beriya-iya nak buka kedai makan (di Kampung Baru, depan International Hotel). Aku bernasib baik sebab ada juga job masa tu tetapi bayar ciput gila, nak buat macam mana, sapu jugalah masa tu, hehehe (masa tu buat drama UKKL, cerita doktor-doktor dan shooting di Ipoh Specialist Centre, Perak). Selepas mengharungi zaman gawat tu, aku agak sepilah sekejap daripada industri sehinggalah pada Julai 2001, aku dapat offer buat filem aku yang kesembilan dengan Metrowealth Movies Productions di bawah arahan Z Lokman dan pada asalnya aku ada enam babak aje teta...

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY