Polis Hentikan Konsert 'Malam Perayaan Patah Hati' serta-merta di Kemaman, Terengganu

Kemaman: Polis menyerbu sebuah premis berhampiran Kuala Kemaman malam tadi dan mengarahkan konsert dikenali sebagai 'Malam Perayaan Patah Hati' dihentikan serta-merta pada kira-kira jam 11 malam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata tindakan diambil selepas pihaknya menerima aduan awam berkenaan kesesakan lalu lintas dan gangguan bunyi muzik yang kuat di kawasan tersebut pada kira-kira jam 9.20 malam.



"Kira-kira 1,500 peserta hadir ke program itu, yang didapati tidak mempunyai kelulusan permit. Penganjur telah diarahkan untuk menghentikan program tersebut, dan semua hadirin diminta bersurai," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sumber: Harian Metro

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

ALONG EYZENDY MENINGGAL DUNIA

Ulasan sedutan awal filem TOMBIRUO

DON'T STOP BELIEVIN'! BIOPIK KUMPULAN JOURNEY DARI PENGARAH CRAZY RICH ASIANS BAKAL DIHASILKAN!

Ulasan filem THE BEEKEEPER: Jason Statham Mendebik Budak Kripto

Banglo murah di Shah Alam, pakej dengan tenant senang terhibur

Elliza Razak Kembali dengan Single Baharu, "URAI"