Ulasan Filem: THE BLACK PHONE


The Black Phone mengisahkan suatu pekan berlatar tahun 1978 di mana beberapa orang remaja lelaki telah hilang tanpa dapat dikesan sehinggakan polis tidak menemui sebarang pembayang kehilangan remaja-remaja ini kecuali dari seorang budak perempuan yang ada kelebihan istimewa. Budak perempuan yang bernama Gwen ini sering bermimpi tentang penculik bersiri ini yang menculik remaja-remaja ini, dan biasanya mimpi Gwen akan menjadi realiti, jadi kedua-dua anggota polis ini, Detective Wright dan Detective Miller kerap bertanya pada Gwen untuk menyiasat akan kehilangan mereka. 

Tak lama kemudian abang kepada Gwen sendiri iaitu Finney telah menjadi sasaran penculik ini yang dikenali sebagai Grabber (lakonan Ethan Hawke). Identiti Grabber sangat misteri dengan memakai topeng (persis Nameless Ghoul dari band Ghost) dan sering meninggalkan belon hitam di temat kejadian penculikannya. 

The Black Phone pada tajuk filem ini mewakili sebuah telefon berwarna hitam di tempat di mana Finney dikurung selepas diculik. Ia sering berdering dengan sendiri walaupun hakikatnya telefon ini sudah tidak berfungsi. Apabila Finney menjawab panggilan dari telefon berkali-kali, ia sedikit demi sedikit merungkai misteri di sebalik kejadian penculikan yang sering berlaku dan individu yang dipanggil Grabber ini. 

Secara harafiah, The Black Phone ialah sebuah filem yang saya boleh panggil 'It Lite' (merujuk pada novel It karya Stephen King yang kemudian diangkat sebagai filem). Lagipun asalnya dari cerpen tulisan Joe Hill, anak kepada penulis It sendiri. 

Grabber jadi Pennywise dari novel It dengan elemen topeng dan yang paling jelas, belon hitam. Watak Grabber ini tak dikembangkan seperti motifnya menculik tapi saya rasa asalnya Grabber memang sudah ditulis sebegitu dan Scott tambah apa yang dirasakan kurang seperti elemen topeng yang juga mengingatkan saya pada watak Bughuul dari filem Sinister, juga arahan Scott untuk produksi Blumhouse sepuluh tahun lalu. 

Tapi walaupun dipadankan dari karya yang tampak kecil (sesuai dengan bajet mikro filem seram gaya Blumhouse yang pada saya sesuai dengan gaya Scott Derrickson yang kali terakhir membikin filem berskala besar Doctor Strange), Scott teliti pada setiap perkara, dapat saya bayangkan begitulah tulisan Joe Hill ikut corak ayahnya. 

The Black Phone sebenarnya pada saya ialah sebuah filem 'coming-of-age', sebagaimana Stand By Me dari asalnya karya Stephen King, dalam bentuk psychological thrille, dengan kita melihat perubahan watak utamanya, Finney dengan rakan-rakan di sebalik gagang telefon hitam. Selalunya filem sebegini sering memfokuskan pada watak antagonisnya tapi The Black Phone ialah tentang Finney, seorang remaja yang asalnya sering dibuli tetapi kejadian penculikan terhadap dirinya telah mengubah diri untuk mempertahankan dirinya, tidak berputus asa dan kenal erti persahabatan di sebalik suara misteri di corong telefon. 

THE BLACK PHONE
Tarikh mula tayangan: 23 Jun 2022
Genre: Seram, thriller 
Pengedar: United International Pictures
Lakonan: Mason Thames, Madeleine McGraw, Jeremy Davies, James Ransone, Ethan Hawke
Arahan dan lakonanlayar: Scott Derrickson, berdasarkan cerpen tulisan Joe Hill

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

From Saga With Love, sebuah drama rom-com tempatan lakonan Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Fimie Don dan Ikmal Amry

Hannah Delisha Keguguran, Tabah Mengharungi Ujian Kehilangan dengan Semangat Ramadan

"Duit Raya RM3 Je? Ini Bukan Zaman 90'an!", Netizen Tegur Ibu bapa Guna Anak Untuk Dapat Duit Raya Banyak

Instagram Akan Membasmi Followers, Komen dan Likes Palsu

"Bismillah, Assalamualaikum." Daiyan Trisha sudah mula berhijab?

[TELEFILEM] Rock Sangkut, lakonan Along Cham, Joey, Hazama